IG live yang dilakukan oleh pelawak dan juga usahawan terkenal, Shuib Sepahtu selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin awal pagi tadi sememangnya sangat menyebakkan.
Shuib juga menceritakan kronologi bagaimana mereka boleh terkena Covid-19 yang dianggap sekadar ‘punca’ untuk berlakunya semua perkara drastik ini.
Kronologi wabak menyebakkan hilang insan tersayang
Menurutnya, bermula dengan salaman tangan pembantu rumah ketika bertemu jiran sewaktu membuang sampah telah mengakibatkan seluruh isi rumah terkena wabak tersebut dan ditakdirkan Allah, pembantu rumahnya juga ‘tewas’.
Bercerita tentang Sarah, pada petang Jumaat oksigen isterinya mulai menurun dan dikejarkan ke hospital. Pada awalnya dia yakin yang isteri akan kembali sembuh, namun melihat dari x-ray paru-paru, doktor memaklumkan organ tersebut telah dipenuhi Covid-19 sehingga menjejaskan organ lain.
Ada yang minta tolong pesan tentang vaksin
Jadi, ketika dia masuk ke dalam hospital untuk melakukan pengecaman mayat, ada seorang petugas kesihatan memberi pesanan kepadanya berkenaan dengan vaksin.
Shuib dengan tegas berpesan kepada semua yang menonton IG livenya yang seramai lebih 600 ribu orang itu supaya mengambil vaksin kerana dos tersebut mampu memberi sedikit bantuan perlindungan untuk mengelakan dari wabak tersebut.
Jaga kesihatan, jangan degil tak patuh SOP
Tambahnya, isterinya mengalami komplikasi yang agak teruk kerana masih belum menerima vaksin.
Pelawak itu juga mengakui bahawa pernah berasa yakin isterinya akan sihat semula, namun doktor memaklumkan perkara berbeza.
Jadi, usahawan minuman jenama terkenal itu memberi pesanan kepada semua agar terus menjaga kesihatan, dapatkan vaksin dan makan vitamin agar tidak menyesal sepertinya dikemudian hari kerana mengabaikan beberapa dari hal itu.
“Hospital swasta semua penuh. Ketika tu duit banyak pun tak guna…isteri saya tak akan kembali.” katanya.
View this post on Instagram
Beri pesanan buat yang positif Covid
Ada tiga perkara yang di highlight oleh Shuib dalam live tersebut berkaitan Covid-19 adalah pastikan menjaga kesihtan, patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan jika positif Covid-19, wajib mendapatkan oximeter oksigen bagi memastikan oksigen dalam badan tidak menurun.
Kealpaannya dalam mengambil ringan tentang naik turun bacaan oksigen Sarah ketika kuarantin dirumah membuatkan dia kehilangan insan istimewa itu buat selamanya.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, dia tetap redha dengan ketentuan Allah kerana mengetahui isterinya sangat disayang Tuhan. Maka dia diambil terlebih dahulu berbanding orang lain.
Pesanan-pesanan Shuib dilihat begitu jelas dengan menjadikan tragedi yang dialaminya sebagai iktibar agar orang lain tidak melakukan kesilapan yang sebegitu dalam menjaga diri dari penularan Covid-19.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Instagram Shuib Sepahtu
Leave a Reply