Shuib Dedah Keadaan Terkini Siti Sarah

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin berada dalam keadaan kriti.kal dengan kadar oksigen pada kedudukan 40.

Berkongsi perkembangan terkini Siti Sarah, suaminya, Shuib berkata, doktor menghubunginya petang tadi memaklumkan keadaan terkini isterinya.

Dalam keadaan se bak, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad berkata, Siti Sarah sudah ditiarapkan oleh doktor.

“Keadaan Siti Sarah tidak baik, sangat-sangat tidak baik. Kata doktor kadar oksigen hanya 40 dan doktor akan tiarapkan dia,” ujar pelawak dan usahawan itu dalam sesi bacaan Yassin dan doa selamat menerusi aplikasi Zoom sebentar tadi.

Kelazimannya, prosedur meniarapkan pesakit dilakukan bagi membolehkan paru-paru seseorang itu kembali normal dan dapat membekalkan oksigen ke dalam tubuh.

Shuib juga tidak dapat meneruskan kata-kata bagi memaklumkan perkembangan isterinya dan meminta bacaan Yassin dan doa selamat diteruskan.

Hampir 1,000 kenalan pasangan itu menyertai majlis bacaan Yassin dan doa selamat buat Siti Sarah termasuk pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan rakan-rakan selebriti seperti Anuar Zain, Bob Yusof dan Liza Hanim.

Siti Sarah, 36, yang yang popular dengan lagu Kesetiaan itu kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia selepas dikejarkan ke hospital itu pada Rabu lalu selepas dijangkiti COVID-19.

Selain Siti Sarah, Shuib bersama tiga anak mereka Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Shuib dan anak-anaknya bagaimanapun, disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Berikutan Siti Sarah sedang hamil tujuh bulan, doktor telah mengeluarkan bayi dalam kandungannya sekitar pukul 5 petang Jumaat.

Anak keempat pasangan artis itu diberi nama Ayash Affan kini berada dalam keadaan stabil.

Pada Sabtu, Shuib berkata, doktor yang merawat isterinya memaklumkan, Siti Sarah mula menunjukkan perkembangan positif dengan kadar oksigen sudah meningkat pada paras 80 peratus.

Sehubungan itu, Shuib memohon pada semua pihak untuk terus mendoakan isterinya agar kembali pulih seperti sedia kala.

Terdahulu Tul4rr RakamanAudio ‘Keadaan Sebenar’ Sitisarah Yang Mengejvtkan Ramai Pihak

” Saya mohon padamposting berkenaan voice note itu” – Demikian perkongsianterbaru pelawak dan usahawan, ShuibSepahtu yang meminta pihak terbabit dari terus menyalahgunakaninfo yang boleh mengelirukanorang ramai.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Menurut Shuib, voicenote isterinya, penyanyi Siti Sarah yang tular bukanlahyang terkini sebaliknya yang beberapahari sebelum ini.

” Assalamualaikumsemua. Berkenaanvoice note yang viral tentang SitiSarah, itu adalahkeadaan pada hariJumaat 6hb Ogos.” Jadi saya mohon tolonghentikan kongsi (share), tolong padam postingtersebut di mana -mana platform media sosial.

Sarah masih ditidurkan

Malah kata Shuib, keadaan Siti Sarah juga masih ditidurkan meskipun semalam beliau memaklumkan terdapat tanda-tanda positif.

” Keadaan terkini Sarah masih lagi

ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan diberi kesembuhan kembali.

” Saya juga mendoakan pada semua dilindungi, diberkati serta dirahmati Allah swt..” tulisnya di InstaStory Instagram.

Terdahulu Shuib meluahkan rasa syukur apabila doktor memaklumkan keadaan isterinya, Siti Sarah Raisuddin semakin stabil.Malah, perkembangan positif yang ditunjukkan Siti Sarah, 36, amat-amat menggembirakan Shuib kerana sebelum ini dia mengakui hampir putus asa terhadap keadaan isteri kesayangannya itu.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berkata, setakat pukul 6 petang Sabtu, kadar oksi.gen Siti Sarah sudah mencecah paras 85 berbanding paling rendah sebanyak 40 pada pukul 11 malam Jumaat sedangkan kadar ideal oksig.en bagi manusia ialah melebihi 95 peratus.

” Allah maha baik. Allah bantu saya dan Siti Sarah dengan memberikan rahmatNya, dihadirkan ramai orang berdoa, membaca Yassin dan mengadakan solat hajat tanya henti.

” Berkat kebaikan semua orang pada isteri saya itu, Allah hadirkan keajaiban buat saya.

” Keajaiban itu berlaku di depan mata saya. Saya amat-amat bersyukur dan menginsafi kebaikan Allah buat saya dan isteri,”

Shuib berkata demikian ketika berkongsi perkembangan terkini Siti Sarah dalam sesi bacaan Yassin dan doa selamat menerusi aplikasi Zoom sebentar tadi yang disertai oleh 157 kenalan pasangan itu.

Tak lelap tidur, hilang selera makan

Selepas berhari-hari melalui detik-detik yang sukar sehingga tidak lelap tidur serta hilang selera makan, Shuib mengakui, keajaiban yang Allah hadirkan dalam tempoh 24 jam lalu telah mengembalikan semangat serta senyumannya.

” Di sebalik uijan ada kemanisan yang Allah berikan.

” Saya sangat beremosi dan terlalu seronok melihat keprihatinan rakan-rakan kami yang saling berganti menghadiahkan bacaan Yassin, solat hajat serta doa yang tidak putus-putus buat Siti Sarah serta anak kami.

” Saya seperti mendapat semangat baharu. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Siti Sarah, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya,” kata Shuib

Siti Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia pada Rabu lalu kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan selepas dij4ngkiti C0V1D-19.

Selain Siti Sarah, Shuib bersama tiga anak mereka Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Shuib dan anak-anaknya bagaimanapun, disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Berikutan Siti Sarah sedang hamil tujuh bulan, doktor telah mengeluarkan bayi dalam kandungannya sekitar pukul 5 petang Jumaat.

Anak keempat pasangan artis itu diberi nama Ayash Affan kini berada dalam keadaan stabil.

Kata Shuib, anak bongsu mereka itu masih ditempatkan di HCTM tetapi sudah mula menunjukkan perkembangan yang baik.

” Pada awalnya doktor maklumkan anak kami tidak bernafas dan tidak bergerak tetapi selepas memantaunya …

” ..sudah mula menunjukkan perkembangan, sudah mula menendang kaki dan menggenggam tangannya selain sudah membuka mata,” cerita Shuib dalam nada penuh syukur.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*