Kuala Lumpur: “Sarah sudah hampir 30 jam koma sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (1CU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Doktor maklumkan Sarah sudah ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama,” kata pelawak Shuib mengenai keadaan isterinya, Siti Sarah.
Shuib ketika dihubungi berkata, harapan mereka sekarang adalah paru-paru boleh kembali normal dan bekalkan oksigen dalam badan.
“Memandangkan Sarah kena j4ngkitan C0v1d-19, jadi paru-paru dia banyak terkesan. J4ntung pun sudah lem4h. Mungkin Sepanjang pembed4han mengeluarkan bayi semalam, jantung sudah bekerja banyak.
“Difahamkan juga, ada sedikit dar4h beku di paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh apa-apa lagi sebab semalam baru lepas menjalani pembed4han.
“Setiap kali ada panggilan nombor tak dikenali masuk saya menjadi t4kut. Dalam masa sama saya perlu jawab sebab bimb4ng ia daripada doktor yang mahu mengemaskini keadaan Sarah atau berita sebaliknya,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Shuib, setiap hari tanpa Sarah di sini membuatkan dirinya rindu dan hati menjadi sayu.
“Apabila rindu datang, jadi s4k1t, memang susah rasa. Di rumah ini saya teringat-ingat dia. Setiap sudut yang dia selalu ada, mesti teringat. Nak kawal sayu, tapi tak boleh.
“Saya selalu bercakap dalam hati dan cakap seorang diri dengan harapan dia dengar,” katanya.
Dalam masa sama, Shuib meluahkan rasa terharu apabila setiap hari mendapat mesej dan kiriman gambar anak-anak tahfiz dan orang persendirian yang membaca Yasin dan doa selamat buat Sarah.
“Saya terlalu terh4ru apabila dalam keadaan sekarang, ada saja orang hantar gambar anak-anak tahfiz baca Yasin.
Terima kasih banyak sebab mendoakan Sarah. Ia satu rahmat terlalu besar untuk kami.
“Memang saya hanya boleh mohon orang doakan dia, tapi tidak menjangka ada sampai buat sendiri majlis doa selamat dan bacaan Yasin.
“Saya balikkan semua doa kepada mereka. Kepada yang sedang mend3r1ta C0v1d-19, semoga terus tabah. Ini masa kita sama-sama doakan orang lain,” katanya.
“Saya yakin Sarah akan balik rumah” – Shuib tak putus asa, percaya isteri kuat lawan Covid-19
DOA dan terus berdoa.
Begitulah harapan pelawak Shuib Sepahtu agar isterinya Siti Sarah yang kini sedang bertarung nyawa kembali pulih.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia yakin isterinya kuat mengharungi dugaan ini selepas ditidurkan sejak pagi Jumaat berikutan tahap oksigen yang rendah.
“InsyaAllah saya cukup yakin isteri saya kuat, saya cukup yakin dia akan balik ke rumah ni… anak-anak semua mendoakan dia.
“Harap Allah angkat doa kita semua, InsyaAllah Sarah akan sihat dan kita doakan juga untuk semua yang berjuang melawan Covid-19 ni.
Tambah Shuib, sepanjang mengenali isterinya, Sarah banyak memberi pengalaman yang diharungi dalam hidupnya dan mengubah dirinya.
Shuib bersama isterinya Siti Sarah.
Shuib memohon agar semua orang untuk memaafkan sekiranya Sarah pernah menyakiti mana-mana phak.
“10 tahun kenal Sarah dia lah yang mendewasakan saya dan mendoakan,
“Saya mohon maafkan segala-gala sekiranya Sarah ada menyakiti hati sesiapa dan halalkan makan minumnya agar dipermudahkan perjalanannya,” katanya.
Saya mohon maafkan segala-gala sekiranya Sarah ada menyakiti hati sesiapa
Shuib berkata demikian sebelum majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti Sarah yang sedang bertarung melawan Covid-19 secara maya pada Jumaat malam.
Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki selepas menjalani pembedahan selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang.
Siti Sarah dimasukan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada Rabu lalu akibat oksigen dalam badan menurun.
Dia kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada pagi Jumaat selepas kesihatannya merosot dan tidak stabil.
” Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,”
Itu kata-kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.
Nana berkata, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.
” Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kndungannya.
” InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya.
Pada pagi hari ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (lCU) Hspital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksig.en tidak stabil.
Perkara ini dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kndungan.
” Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke lCU disebabkan oksig.en yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.
” Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kndungan.
” Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” kata Shuib.
Status terakhir Siti Sarah sebelum ditidurkan
Sementara itu, menerusi semakan di Instagram, Siti Sarah dilihat sempat memuatnaik beberapa perkongsian beberapa jam sebelum ditidurkan.
Menerusi perkongsian di InstaStory, Siti Sarah berkongsi petikan ayat suci Al-Quran surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan ayat Kursi.
Siti Sarah turut berkongsi bacaan syahdu Selawat yang mengusik perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Manakala di ruangan status, Sarah memuatnaik (repost) kata-kata suaminya, Shuib yang meminta orang ramai mendoakan beliau.
” Doakan Sarah dan baby, terima kasih semua.
” Assalammualaikum semua,,,sy mohon doakan isteri saya Siti Sarah Bt Raisuddin.. doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan.
” Allah maha segalanya..” repost oleh Sarah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Harian Metro
Leave a Reply