Shuib & Anak-Anak ‘Video Call’ Bersama Siti Sarah Di Hospital Membuatkan Ramai Sedih Melihat Keadaan Sarah

Bekas penyampai radio, Shuib berkongsi foto dia bersama anak-anak melakukan sesi panggilan video bersama isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah.

Sarah yang kini sedang hamil tujuh bulan terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang sem4k1n menurun pada Rabu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Menurut Shuib, meski paras oksigen Sarah masih belum stabil namun dia terus mendoakan agar isterinya kembali pulih seperti sedia kala.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Alhamdulillah. Semoga ibu m4k1n sihat. Walaupon kadang2 oksigen masih blom stabil, tp ibu kena kuat semangat ok.

“Terima kasih pd yg mendoakan, semoga kita semua kuat dlm menempvh ujian Allah. Allah uji Allah Sayang,” tulisnya.

Serentak dengan posting yang dimuat naik menerusi Instagram itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti sekali lagi mendoakan yang baik-baik buat Shuib seisi keluarga.

Malah tak kurang yang turut tumpang simpati dan berdoa semoga Sarah dan bayi yang dikandung berada dalam keadaan baik.

“MasyaAllah semoga di angkat semua k3sakitan Sarah sekeluarga,” komen peminat di ruangan komen.

“Ibu kuat! Semoga cepat sembuh dan baik ok! You can do this!,” peminat memberikan kata semangat.

“Allahu sed1hnya tengok. Moga yang baik-baik buat kak Sarah sekeluarga. Kak Sarah kuat, cepat sembuh kak,” komen peminat lain.

“Be strong mommy, Sarah kuat,” antara reaksi yang tertera.

Sebelum ini media melaporkan penyanyi lagu Manes itu sepatutnya sudah mem0tong gelang kuarantin pada Rabu, tetapi keadaan k3sihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan mem4ksanya untuk mendapatkan rawatan.

Sarah sekeluarga terdahulu disahkan cov1d-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif virvs tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sekadar info, pasangan selebriti ini berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq m4tin, 6.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*