Kanak-kanak 12 Tahun Tabah Kuarantin Seorang Diri Di Rumah

Johor Bahru: “Saya hanya mampu berdoa agar kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang kuat mental itu dan menjalani kuarantin kendiri di rumah keluarga diberikan kesembuhan segera,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Kluang, Johor (Petak), Zalifah Ithnin di sini, semalam.

Berkongsi dugaan diharungi si cilik berkenaan, Zalifah berkata, kanak-kanak dikenali sebagai Arshad adalah anak sulung daripada lima beradik dan baru saja kehilangan bapanya berusia 38 tahun yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Beliau berkata, buat masa ini tiga adik-beradiknya tinggal di rumah ibu saudara di Johor Bahru selepas dibenarkan pulang dari Hospital Permai.

Menurutnya, hanya ibunya berusia 38 tahun dan seorang adiknya masih dirawat di Hospital Permai di Tampoi di sini akibat Covid-19.

Katanya, difahamkan kanak-kanak berkenaan memperoleh keputusan negatif ketika menjalani saringan Covid-19 pertama.

“Ia mengakibatkan kanak-kanak itu kuarantin kendiri di rumah bagi tempoh tertentu dan hasil menjalani saringan kedua baru-baru ini keputusannya juga positif.

“Saya bersyukur kerana Allah memberi peluang bagi menyantuni kanak-kanak lelaki berkenaan di sebuah kawasan perumahan di Kluang di sini, semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zalifah berkata, sumbangan barangan kepada kanak-kanak itu adalah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Muhamad Said Jonit.

Menurutnya, berikutan keperluan makanan harian serta ubat-ubatan sudah disediakan oleh waris berdekatan yang memantau kanak-kanak berkenaan, oleh itu pihaknya menyumbang susu kotak, biskut dan roti sebagai bekalan kudapan kanak-kanak itu.

“Hati saya agak sayu ketika bertanya sama ada dia ada berhubung dengan ibunya kerana dia menyatakan cuba menghubungi ibunya namun tiada maklum balas sejak kelmarin.

“Saya melihat sedikit kegusaran pada wajahnya kanak-kanak itu saat berkenaan kerana dia baru saja kehilangan bapa kesayangan dan harap dia terus kuat,” katanya.

Zalifah berkata, dia dapat memahami situasi ditempuhi kanak-kanak berkenaan kerana kebiasaannya kanak-kanak sebayanya memerlukan perhatian.

“Menjadi tanggung jawab kita sebagai masyarakat prihatin memberi semangat kepada mereka dan saya difahamkan jirannya juga sentiasa mengambil berat berkaitannya,” katanya.

Zalifah berkata, sejak pandemik Covid-19 bermula, Petak berusaha membantu mereka yang terkesan daripada segi keperluan makanan asas.

“Bekalan makanan asas dari Gerobok Rezeki Petak akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*