Wanita Hidap Cov1d-19 Reda Selepas Ucap Syahadah Sebelum ‘Ditidurkan’

IBARAT mendapat ny4wa kedua!

Begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan pengalaman yang dihadapi bekas pesak1t Cov1d-19 tahap lima ini selepas pulih daripada j4ngkitan virus berkenaan.

Selama 25 hari dirawat di hospital, dengan lima hari daripadanya ditempatkan di Unit Raw4tan Rap1 (ICU) malah terpaksa ditidurkan (intubate), dia akhirnya pulih berbekalkan doa yang dititip oleh insan tersayang dan semangat juangnya demi bayi yang dikandung.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Hafiza Jumali berkata dia dij4ngkiti v1rus berkenaan kerana merupakan kontak rapat kepada suami yang mendapat j4ngkitan dari tempat kerja.

“Sebelum itu suami positif. Dan saya yang masa tu ham1l 24 minggu sudah alami simptom seperti demam dan hilang der1a bau dan rasa. Ketika itu sebenarnya sudah terdetik kemungkinan saya juga positif.

“Saya pergi hospital dengan tujuan nak buat ujian calitan (swab) tapi akhirnya terus dit4han di wad kerana doktor beritahu saya dah tahap dua. Memang sehelai sepinggang waktu itu.

covid baru 1

Hanya panggilan video bersama suami untuk mengubati rasa rindu.

“Saya ditempatkan di wad biasa sebab masa itu oksigen okay lagi. Di situlah bermula pengalaman yang saya takkan lupakan seumur hidup. Dua hari berturut-turut pesak1t di sebelah katil saya meningg4l dunia.

“Saya nampak depan mata fr0ntliners mencuba sungguh-sungguh nak sel4matkan ny4wa pesak1t ini tapi gag4l. Dua ins1den berlaku depan mata, memang saya d0wn sikit masa tu,” cerita suri rumah berusia 32 tahun ini.

Tambah Nur Hafiza, keadaan kesihatannya juga semakin mer0sot sehingga dia akhirnya terpaksa dipindahkan ke ICU untuk ‘ditidurkan’.

covid baru 2

Selain suami, ibu bapa dan keluarga, Nur Hafiza mendapat semangat dan kekuatan daripada rakan-rakan.

“Saya ingat lagi tarikhnya iaitu 10 Julai. Sebelum nak ditidurkan, doktor beri peluang untuk saya berhubung dengan insan-insan tersayang lebih kurang 15 minit.

“Saya mohon m4af dekat suami dan beritahu kalau baby kami survive, minta dia jaga elok-elok. Saya juga mohon ma4f pada kedua ayah dan ibu. Masa itu ayah men4ngis, tak pernah saya tengok dia macam tu. Mak pula beri kata-kata semangat dan yakin yang saya kuat.

“Saya beritahu ayah jangan menang1s sebab saya akan bangun, saya akan berjuang dan ayah kena beri saya semangat. Selepas itu, doktor ajarkan syahadah. Saya ketika itu dalam keadaan reda… selepas tu tak sedar dah,” ujarnya yang menetap di Ampang.

Tambah Nur Hafiza, dia sendiri tidak meny4ngka mampu mengharungi saat get1r tersebut dan berpeluang mengecap sekali lagi nikmat kehidupan.

“Sepanjang tak sedarkan diri, saya bermimpi bertemu dengan baby saya. Mungkin Tuhan nak tunjuk, sebab saya berazam untuk kuat demi baby dalam kandungan.

“Saya sebelum ini pernah hidap kanser ovari tahap satu, dan terpaksa tunggu empat tahun sebelum dikurniakan nikmat untuk hamil… tapi diuji Cov1d-19 pula. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan. Walaupun berat saya turun lapan kilogram, tapi berat dan keadaan baby okay,” ujarnya sambil menambah, usia kandungan sulungnya kini mencecah 28 minggu.

Selepas dirawat selama 25 hari, Nur Hafiza dibenarkan pulang pada 25 Julai lalu.

Ujar wanita ini, apa yang dilaluinya memberikan 1,001 hikmah selain membuatkannya lebih mensyukuri peluang kedua yang diberikan.

“Saya ibarat individu lain apabila sedarkan diri. Tak terhingga apa yang diberikan Allah iaitu peluang kedua. Saya mahu menjadi individu yang lebih baik, berbakti kepada suami dan ibu bapa.

“Kini saya masih dalam proses untuk pulih sepenuhnya… sekarang masih batuk-batuk, tak boleh tarik nafas dalam-dalam, dan hati juga ada kesan.

covid baru 3

Nur Hafiza sangat berterima kasih kepada para petugas hospital kerana merawat dan menjaganya sehingga pulih.

“Bagi mereka yang hadapi situasi sama, kena positif dan terus kuat. Jangan down atau terlalu sedih. Kena tetapkan matlamat juang untuk terus h1dup. Macam saya, saya berazam nak lawan demi baby.

“Akhir sekali, penghargaan yang tak terhingga buat semua frontliners terutama yang jaga saya. Mereka begitu mengambil berat, bersemangat dan lakukan tugas dengan ikhlas sedangkan mereka juga ada keluarga. Saya terhutang budi dan tabik dengan anda semua,” ujarnya lagi

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*