Kami Cuma Debu Dan Baru Merangkak Dalam Usaha Besar Ini – Ebit Lew

Sayu hati melihat akan kedaifan keluarga ini, ada lagi yang masih tinggal di tempat sebegini, pondok buruk yang usang di celah semak samun laluan keretapi.

Hasil bantuan dari individu di sini, Ebit Lew telah menemui seorang remaja lelaki yang berusia 18 tahun, bapanya adalah seorang pesara tentera. Kerana rumah yang terlalu daif Ibu dan adiknya telah pergi menumpang dirumah saudara yang lain.

Remaja ini bekerja sebagai pengutip sampah, beliau tidak memiliki sijil SPM hanya belajar sampai darjah 6 sahaja.

Sedih melihat keadaan remaja itu, Ebit Lew telah mencari satu rumah yang sesuai untuk mereka, bayaran bulanan akan ditanggung oleh Ebit Lew sehinga mereka mampu berdikari.

Ebit Lew juga meminta kumpulannya untuk menjemput adik dan ibu kepada remaja terbabit untuk kembali tinggal bersama di rumah baru yang telah disewakan.

Beliau memberikan kata kata semangat untuk remaja terbabit berubah dan mulakan kehidupan baru untuk membantu keluarganya.

Ebit Lew juga tidak lupa untuk berterima kasih kepada NGO, kepada Masjid, Pusat Zakat, serta orang perseorangan yang turut sama membantu.

“Terima kasih semua, kami cuma debu dan baru merangkak dalam usaha yang besar ini”

“Dengan pertolongan Allah juga. Tiada daya upaya melainkan pertolongan Allah. Terima kasih semua masyarakat Malaysia tanpa kira bangsa dan agama” kata Ebit Lew.

Semoga Ebit Lew dan ahli kumpulannya terus tabah dan teruskan usaha untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan mengh!na.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Facebook Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*