[VIDEO] “Siap Bagi Rumah…” -Ebit Lew Tiba Di Rumah Adik Yang Pernah ‘Viral’ Minta Bu4ng S4mpah Untuk Dapatkan Makanan

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki yang gigih meminta s4mpah untuk dibuang dari rumah ke rumah. Beliau mengharapkan sedikit upah dan makanan untuk melangsungkan hidup. Kegiatan beliau yang diviralkan tersebut telah menyentuh hati ramai pihak, ramai yang memuji tindakan beliau yang sekurang-kurangnya berusaha, tidak hanya meminta-minta.!

Benar, kuasa viral mengatasi segalanya. Kisah lelaki ini mendapat perhatian dari pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang giat menjalankan dakwah dan membantu insan-insan yang memerlukan. Siapa sangka, dulu beliau menghuni sebuah bangsal usang di pinggir hutan bersama ibunya yang sudah tua, kini tim ustaz Ebit Lew telah memberikan bantuan sebuah rumah yang selesa untuk didiaminya.

Kata ustaz Ebit Lew lagi, berdosa kita membiarkan jiran hidup dalam kedha!fan di dalam hutan begini. Terdahulu, Tiktokers yang menggunakan nama samaran Sis Rose telah mengunjungi rumah beliau untuk menyampaikan amanah dan sumbangan dari netizen untuk keluarga berkenaan.

Tidak sanggup melihat penderitaan keluarga maIang berkenaan, beliau akhirnya menghubungi tim ustaz Ebit Lew. Tidak menanti lama, tim ustaz cepat tiba untuk menyalurkan bantuan.

Siapa sangka bukan, niat beliau untuk berusaha walaupun hanya meminta untuk membuang s4mpah dari rumah ke rumah, namun Allah swt takdirkan bertemu dengan insan yang cakna dan baik hati. Semoga Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka yang terlibat.

Komen Netizen:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: KV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*