Selepas video seorang usahawan didakwa memarahi dan mempermalukan seorang warga emas di depan orang ramai tular, pelbagai maklum balas diterima di media sosial kerana geram atas tindakan sebegitu.
Namun, usahawan dan juga influencer tersebut sudah pun memohon maaf dan mengakui kesilapannya. Dia juga memaklumkan akan segera bertemu semula dengan pakcik tersebut untuk memohon maaf diatas salah faham berkenaan.
Bertemu dengan pakcik tersebut
Menerusi perkongsian video di Instagram Fedtri Yahya, pesonaliti TV3 itu telah memuat naik video temu bual ringkas bersama pakcik berkenaan di Pusat Transit Gelandangan.
View this post on Instagram
Ucap terima kasih kepada semua
Menerusi video tersebut, pakcik berkenaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mepertahankannya dan tidak mampu membalas jasa baik semua.
Dia juga menyerahkan semuanya kepada Allah S.W.T untuk membalas apa sahaja yang berlaku kerana turut mengakui bahawa apa yang diperkataan usahawan itu juga ada benarnya.
“Memang itu jawab dia betul, bukan Tuhan mengubah nasib kita, kita sendiri ubah,” kata pakcik tersebut dengan sayu.
Semoga pakcik terus kuat
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Fetri Yahya telah meninggalkan kapsyen dengan meminta warga emas berkenaan tidak berasa edih kerana ramai yang menghargai dia.
Rata-rata warganet di ruangan komen turut sama berharap pakcik itu bersabar dan mereka juga menzahirkan rasa sebak mendengar apa yang dikatakan lelaki tua itu selepas video dia dimarahi tular di sosial media.
Terbayang wajah abah sendiri
Pakcik tu jauh lebih mulia
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber:Instagram @fedtriyahya via OMM
Leave a Reply