Zulin Aziz Bakal Tamatkan Zaman Bujang Ogos Ini

Sebelum ini, pelakon, Zulin Aziz dilihat sering kali memuat naik beberapa foto bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya. Rata-rata netizen turut mendakwa Zulin bakal menamatkan zaman bujangnya dengan usahawan tesebut selepas mereka dipercayai sudah melakukan sesi photoshoot ‘pre-wedding’ baru-baru ini.

Terbaru, Zulin memberitahu dia bakal menamatkan zaman bujang pada bulan Ogos nanti. Tahniah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Menerusi satu rakaman video di Instagram, Zulin dan pasangannya iaitu Farhan bakal mengumumkan tarikh istimewa mereka di Instagram Story hari ini. Menurut Zulin, mereka berdua telah sepakat memilih bulan Ogos nanti sebagai hari paling bersejarah dalam hidup mereka. Namun begitu, Zulin masih merahsiakan tarikh sebenar mengenai majlis akad nikahnya itu.

Terdahulu, Zulin memohon supaya netizen mendoakan yang terbaik buat dirinya. Rata-rata netizen dan rakan artis turut memberi ucapan tahniah buat Zulin dan Farhan sebaik sahaja kedua-dua mereka mengumumkan berita gembira tersebut. Mereka berharap urusan Zulin dan Farhan nanti dipermudahkan oleh Allah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*