“Saya Tak Pernah Tipu Atau Sebar Fitn4h Jika Ia Berkait Tentang Isl4m.” -Caprice

Selepas sidang media yang dibuat oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berhubung tohmahan-tohmahan yang diterima daripada beberapa individu seperti influencer, Caprice dan Presiden Cinta G4za Malaysia (CGM) Nadir Al Nuri, pelbagai maklum balas netizen telah diterima.

Paling dinantikan sudah tentu respon daripada Caprice yang menjadi ‘pemula’ isu tersebut tular kerana memuat naik beberapa pendedahan sejak beberapa minggu lalu.

Justeru itu, menerusi Instagram, Caprice telah menulis bagi mengulas kembali ‘perjuangannya’ dan mengakui kesilapan yang dilakukan terutamanya berkenaan isu kontrversi tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Walau bagaimanapun, Caprice memaklumkan yang dia tidak pernah menipu atau menyebarkan fitn4h jika ia buat umat Islam ataupun kemajuan Islam

“…I hope you know that i will never LIE atau sebar fitn4h when it comes to Kemajuan Islam dan umat Islam,” tulisnya.

Namun begitu, dia tetap memohon maaf andai apa yang dilakukan tempoh hari terlalu beremosi. Akan tetapi ketahuilah bahawa dia dan hampir sebahagian besar rakyat Malaysia sememangnya menyokong misi kemanusiaan yang dijalankan oleh dua orang tokoh tersebut.

Caprice minta maaf dgn cara caprice waktu terlalu emosi tetapi selama ni kita memang bagi sokongan 300% kepada tuan Nadir di G4za dan Ebit Lew. Pekara yang kita tahu, insyaAllah kalau bukan di dunia, kita jumpe di sana,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Caprice memaklumkan tetap akan mendoakan agar misi kemanusiaannya  Ebit Lew dan juga teamnya berjalan lancar walaupun misi mereka ke G4za berbeza. Namun dia berharap akan ada perdamaian antara mereka kerana jika mereka sendiri bertel4gah, bagaimana pula untuk membangunkan G4za.

“Caprice doa untuk ebit lew dan team ebit lew, walaupon misi kita ke G4za sangat berbeza, if we cant even have peace among ourselves, ape lagi di Pal3stine? ” tambah Caprice.

Di akhir penulisan tersebut, Caprice mengakui tetap akan meneruskan perjuangan buat ummah bukan hanya di Pal3stin tetapi di seluruh dunia juga.

Tambahnya, situasi ini merupakan dugaan paling berat untuknya sepanjang hijrah dan ib4dahnya. Namun, dia tetap akan ‘berjuang’ hingga ke hembusan nafas yang ter4khir.

Saya akan terus memperjuangkan diplomasi, perdamaian, dan belas kasihan untuk bukan sahaja Pal3stin, tetapi di sudut dunia. Saya akan membela sesiapa sahaja yang ditindas tak kisah bangsa dan agama. . .
Ini adalah perjalanan paling sukar di jalan hijrah dan ibadah saya, saya akan meneruskannya sehingga menghembuskan nafas terakhir,” luahnya.

Dia memohon maaf sekali lagi andai apa yang diperkatakan sebelum ini mengguris hati sesiapa dan dia bersedia untuk membela diri di mahkamah dengan petunjuk Allah S.W.T.

Saya minta maaf sekali lagi jika anda terluka, saya tidak mahu meneruskan perbahasan ini, saya harap hanya dapat bersatu dan mencapai tujuan bersama untuk perdamaian di Pal3stin. Sekiranya saya harus membela diri di mahkamah, saya akan melakukannya dengan petunjuk Allah. Terima kasih,” ulas Influencer tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*