Sebabkan dulu ‘Followback’ Di Instagram, Gadis Berjodoh Dengan Cikgunya. Sekarang Dah Ada Anak Bersama

Setiap pasangan berkahwin pasti ada kisah cinta unik mereka masing-masing bukan?

Sesungguhnya, jodoh itu rahsia dan kadangkala kita mungkin tidak perasan sebenarnya jodoh kita berada di depan mata.

Sama seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang gadis yang bertemu jodoh dengan cikgunya dan kini bergelar ibu meraih perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sangka gara-gara followback cikgu dekat Instagram, akhirnya bertemu jodoh

Menerusi video yang dimuat naik oleh @asy.azhar, kelihatan dia memaparkan beberapa koleksi gambar dari awal detik perkenalan dia dan suaminya.

Apa yang menarik perhatian adalah si suami rupa-rupanya merupakan cikgu di sekolahnya dulu. Difahamkan, kisah cinta mereka berputik sejak dia followback cikgunya itu di laman Instagram.

Kisah cinta pasangan itu bertambah manis dan membuatkan ramai tertarik apabila mereka baru saja menerima cahaya mata yang pertama baru-baru ini.

“Aku confess dekat cikgu disiplin aku, lepas tu aku kena buang sekolah” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mencecah 1.3M views, 213.8K likes dan 7.9K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terpesona melihat kisah cinta mereka berdua.

Malah, ramai pula yang sedih kerana cikgu-cikgu lelaki di sekolah mereka kebanyakannya sudah tua dan bergelar suami orang.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: TK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*