Caprice Jadi Tetamu Jemputan, Ini Yang Terjadi Pada FBTV3

I Can See Your Voice Malaysia merupakan sebuah program hiburan berformat dari Korea Selatan. Di dalam setiap episod, 6 penyanyi m.isteri akan dipersembahkan di hadapan penyanyi jemputan dan beliau perlu meny.ingkirkan penyamar di kalangan penyanyi sebenar tanpa mendengar suara penyanyi tersebut.

Terdapat 4 pusingan untuk penyanyi jemputan meneka siapakah penyamar tersebut dengan bantuan barisan panel penyiasat.

Mengekalkan gandingan pengacara Shuk Sahar dan Sean Lee, ICSYVM4 bakal memeriahkan hujung minggu anda bermula 16 Mei 2021, ke udara setiap Ahad, jam 9 malam di saluran TV3.

Terdahulu, ICSYVM3 mendapat tontonan 3.1 j.uta secara purata yang mana catatan tertinggi adalah sebanyak 4.25 j.uta. Di platform digital pula mengumpul sejumlah 55.1 j.uta tontonan!.

Format

Masih menggunakan format yang hampir sama seperti musim lalu yang mana beberapa pusingan perlu dilalui para peserta sebelum layak ke pusingan akhir.

Dalam pusingan pertama, penyiasat (para panel) dan artis jemputan akan meneliti suara keenam-enam pemain m.isteri dalam video yang disiarkan selama tiga saat setiap satunya. Mereka kemudian akan meneka siapakah penyamar dengan menyingkirkan seorang daripada enam penyanyi berkenaan.

Pusingan kedua menyaksikan lima peserta yang tinggal, menyanyi menerusi kaedah lip-sync secara solo. Kelainan ditampilkan dalam pusingan ini kerana suara mereka akan diperdengarkan dua kali dalam dua versi yang berbeza.

Para penyiasat memainkan peranan untuk meny.ingkirkan dua lagi peserta.

Untuk pusingan berikutnya, tiga daripada kumpulan penyiasat dipanggil untuk mendengar suara asli para penyanyi yang berbaki, selama 30 saat.

Dalam pada itu, mereka mempunyai 30 saat untuk meyakinkan dan mempertahankan penyanyi sebenar kepada artis jemputan. Artis jemputan pula diberi kuasa untuk meny.ingkirkan seorang lagi penyanyi m.isteri selepas segmen question and answer (Q&A) bersama penyanyi-penyanyi berkenaan.

Pusingan akhir menyaksikan peserta m.isteri bakal membuat persembahan dengan bantuan penyiasat, manakala artis jemputan akan memilih salah seorang daripada mereka untuk berduet.

Hadiah

Jika penyanyi m.isteri itu adalah penyanyi sebenar, beliau akan bersaing dengan penyanyi lain bagi merebut hadiah lumayan yang disediakan.

Namun jika dia adalah penyanyi bersuara s.umbang, beliau akan membawa pulang habuan berupa wang tunai RM 3,000.

Ahli Panel Penyiasat Suara Sumbang

Panel penyiasat dibarisi Alif Satar, Jihan Muse dan Fad Bocey yang akan dibantu ahli panel penyiasat jemputan dan artis jemputan berlainan setiap minggu.

Antara penyanyi yang bakal membuat kemunculan untuk mengenal pasti penyanyi sebenar ialah Hafiz Suip, Yonnyboii, Aina Abdul, Amir Masdi, Fauziah Latiff, kumpulan Ruffedge, Amy Search dan ramai lagi.

Waktu Tayangan

Siaran mulai 16 Mei 2021 di saluran TV3 pada setiap hari Ahad, jam 9 malam. Juga tersedia di laman sesawang Tonton.

Episod pertama bersempena Hari Raya Aidilfitri akan diserikan dengan penampilan kumpulan Floor 88 sebagai artis jemputan.

Penyiasat Jemputan Minggu Ini

Reaksi Orang Ramai

N0t in mo0d nk tgk klu gini.. dh la mmg xpnh minat pn sblum nie.. tmbh pulak ngn kes dia tgh h0t skrg ni lgi brtmbh xminat.

Maaf cakap, sangat mem.alukan TV3 ambik kesempatan naik kan rating dgn apa yg tgh berlaku sekarang ni. Nak play v.ictim jgk ke nanti ni?.

Program ICSYVMY ni rec.orded awal bukan siaran live. Pandai TV3 amik peluang ya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: OM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*