Suami Keluar Hospital Pagi Aidiladha, Datin Rabecca Bersyukur Keluarga Bebas Covid-19

Sebelum ini, tular di media sosial pelakon terkenal, Datin Rabecca Nur Al Islam memaklumkan yang dia dan keluarganya ditimpa musibah apabila dijangkiti Covid-19.

Ketika itu, beliau memberitahu yang suaminya, Datuk Norazam Sulaiman berada dalam keadaan kritikal, manakala anak-anak dan pembantu rumah juga disahkan positif.

Doa mint kesembuhan termakbul

Namun begitu, doa yang tidak pernah putus untuk kembali sihat dan berkumpul semula bersama keluarga termakbul apabila suaminya disahkan bebas daripada wabak tersebut pada hari ini.

Lebih menggembirakan, mereka mendapat khabar tersebut pada Hari Raya Aidiladha dan dapat meraikan hari istimewa ini bersama-sama dirumah.

Ucapkan terima kasih kepada semua

Justeru itu, Datin Rabecca mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka sekeluarga sehingga akhirnya semua telah kembali bebas daripada pandemik Covid-19.

Beliau juga menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada barisan frontliner yang bersusah-payah memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk semua.

Syukur alhamdulillah

Sehubugan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan syukur yang tidak terhingga apabila melihat posting yang dibuat pelakon wanita tersebut.

Mereka juga mendoakan agar mereka semua terus diberikan kesihatan yang baik dan terhindar dari sebarang jangkitan wabak maut itu semula.

Semoga semua bertambah sihat

Selamat hari raya datin & keluarga

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*