Tak Nampak Kelibat Ketika Misi Bantuan Di Jordan, Netizen Persoal Di Mana Caprice?

Umum sedia maklum mengenai luahan perasaan Caprice yang sepertinya tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di sebalik misi di G4za kini.

Seperti yang semua tahu, penyanyi rap itu menyertai misi berkenaan bersama Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Walaubagaimanapun, ramai yang tertanya-tanya mengenai keberadaan lelaki itu apabila kelibatnya tidak kelihatan di dalam entri Ahli Perlimen Baling itu.

Difahamkan bahawa pasukan berkenaan masih tidak dibenarkan memasuki G4za buat masa ini dan gigih memberikan bantuan di kem pel4rian G4za sekitar Jordan kini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terus mempersoalkan mengapa Caprice tidak menyertai aktiviti berkenaan meskipun dia merupakan salah seorang peserta di bawah misi tersebut.

Sekadar pengetahuan, Biro Kebajikan UMNO (Bikum) yang dipengerusikan oleh Abdul Azeez berangkat ke Jordan pada 16 Jun lalu bagi menghulurkan bantuan makanan dan ubat-ubatan ke dua lokasi yang terjejas teruk dek ser4ngan tent3ra Zi0nis.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Beautifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*