Biarpun PKPD di beberapa mukim di Selangor sudah ditamatkan semalam, aktiviti merentas negeri masih lagi tidak dibenarkan di seluruh negara.
Bagaimanapun memandangkan Hari Raya Aidiladha bakal tiba tidak lama lagi, ramai meluahkan rasa bimbang jika ada pihak yang masih mementingkan diri menggunakan alasan merentas negeri sesuka hati bagi pulang ke kampung halaman masing-masing.
Secara ‘kebetulan’ pula, hari ini pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan keadaan trafik semakin sesak di laluan sebelum masuk Plaza Tol Gombak ke arah Barat/KL.
Dalam pada itu, keadaan trafik di laluan sebelum masuk Plaza Tol Bentong arah ke Timur dan Kuantan turut dilaporkan sesak sekitar 11.49 pagi tadi.
Menjengah ke laman sosial, tular sebuah video merakamkan suasana lalu lintas yang agak sesak di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Bentong.
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan puluhan kenderaan sedang beratur menunjukkan surat permohonan rentas negeri kepada pihak p0l1s.
View this post on Instagram
Perkongsian berkenaan membuatkan rata-rata netizen meluahkan rasa kes4l bercampur kec3wa dengan sikap segelintir masyarakat yang masih ‘berd3gil’ mahu merentas negeri.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: OMM
Leave a Reply