“Bertambah Sedap Bila Orang Yang Masak Handsome,”- Tunjuk Masak Sambal Udang Petai, Ramai Perhati Telatah Anak Bujang Edika Yusof!

Bagi setiap ibu bapa, pasti mereka akan berasa bangga bila setiap kali melihat anak-anak kini mampu hidup berdikari lebih-lebih lagi ketika membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.

Agaknya, mungkin itulah yang dirasai oleh pelakon senior, Edika Yusof ketika ini.

Terbaru, menerusi sebuah perkongsian di laman Instagram, Edika dilihat ada memuat naik sebuah video yang memaparkan reaksi bersahaja anak lelakinya yang sedang memasak di dapur.

Jelas Edika, menu sambal udang petai yang dimasak oleh anaknya itu dilihat begitu meyelerakan dan rasanya juga amat mengagumkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

“Hari ini turn my son Fardeen masak. Sambal udang petai. Berdengung…superb,” kongsinya ringkat.

Video berdurasi hampir 30 saat itu telah pun meraih lebih 20,000 tontonan selain turut dihujani pelbagai komen daripada netizen.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut memuji cara Edika dalam mendidik anak-anaknya itu.

Malah, kebanyakkan daripada mereka juga turut terhibur melihat telatah anaknya itu yang hanya mengenakan apron ketika sedang memasak.

“He will be a good man or a better man like his ayah. InsyaAllah.

“Sambal bertambah sedap bila orang yang masak handsome.

“Untunglah siapa dapat kahwin dengan anak Edika. Comel anak dia.

“Bertambah sedap sambal tu bila yang masak tak pakai baju.

“Sedapnya nampak. Dah boleh buat tempahan dah tu,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*