Dikec@m Kerana SaIahkan Banyak ‘Sektor’ Beroperasi, Naim Daniel Minta Individu Ini Celik Mata

Umum mengetahui, jumlah kes positif Cvd-19 kini telah mencecah sebanyak 11,079 kes. Susulan daripada itu, rata-rata daripada netizen meluahkan rasa gusar mereka terhadap peningkatan kes tersebut.

Assalamualaikum semua. Naim masih menghantar barang keperluan. Naim rasa sangat terkejut sebab 11 ribu kes. Kita sedia maklum perkara yang patut dilakukan ke atas sektor-sektor tertentu yang mana perlu ditutup dan dibuka buat sementara waktu tetapi, keputusannya masih mengecewakan seluruh rakyat Malaysia. Video ini khas kepada anda semua khususnya penzalim. Ini kerana anda telah membunuh dan membuli petugas barisan hadapan kita. Celik mata dan juga hati. Maaf sudah mel@mpau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Menerusi video yang dimuat naik oleh Naim, pelantun suara ‘Sembah’ ini mendkwa sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi oleh pihak berkuasa merupakan punca peningkatan kes di Malaysia. Naim turut mendakwa, pihak atasan seolah-olah mahu menyiksa para petugas barisan hadapan sekiranya keadaan ini masih berlarutan. Berikutan daripada itu, Naim berharap pihak berkuasa membuka mata dan memahami perasaan masyarakat di negara ini.

Di ruangan komen, seorang individu memberi kec4man terhadap Naim berhubung video yang dimuat naik tersebut. Menurut individu berkenaan, kes positif meningkat disebabkan pihak berkuasa melakukan ujian saringan secara besar-besaran. Tambah individu berkenaan, sebelum ini hanya individu bergejala sahaja akan menjalani ujian saringan tersebut.

Tidak henti di situ, Naim turut membalas komen individu berkenaan. Ujar Naim, adakah individu tersebut akan berdiam diri selepas mengetahui kadar pengangguran di negara ini semakin meningkat. Pada masa yang sama, adakah individu tersebut berfikir mengenai perasaan individu yang lain. Jelas Naim, ramai individu di luar sana yang masih berfikir dan berjuang untuk terus hidup.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*