Rebecca Mohon Doa Buat Suami

Kuala Lumpur: Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi hantaran sedih di Instagram Story memaklumkan keadaan suaminya, Datuk Norazam Sulaiman yang kini perlu menggunakan bantuan oksigen akibat p0s1tif C0v1d-19.

Dalam hantaran itu, Rebecca memohon agar pengikutnya di platform media sosial untuk bersama mendoakan kesejahteraan suaminya dan keluarga. 

“Mari kita berdoa beramai-ramai. Serius, peny4k1t ini benar-benar bah4ya. Suami saya dah pakai oksigen sekarang. Doakan kami sekeluarga ya,” tulisnya. 

Beberapa jam lalu, Rebecca memuat naik dua potongan video di Instagram Story menunjukkan alat dipercayai peralatan bantuan oksigen yang digunakan. 

Sebelum itu, dia berkongsi fotonya bersama suami tercinta.

Pada 8 Julai lalu, Rebecca berkongsi berita mengenai suami dan enam anak serta tiga pembantu rumahnya disahkan p0s1tif C0v1d-19.

Disebabkan tidak sampai hati melihat keadaan suami dan anak-anak yang dis4hkan p0s1tif C0v1d-19 menguruskan diri, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam sanggup memb4hayakan ny4wanya sendiri sehingga dia turut dij4ngkiti v1rus itu.

Rebecca, 35, berkata, dia disahkan p0s1tif C0v1d-19 selepas menjaga suami dan anaknya yang menjalani tempoh kuarantin di rumah.

“Pada awalnya saya negatif, namun akhirnya saya juga disahkan positif selepas menjaga suami dan anak-anak.

“Doakan saya serta seluruh ahli keluarga lain sihat seperti sedia kala. Secara jujur saya juga hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terfikir bahawa semua ini hadir dengan sekelip mata daripada Allah SWT,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Menurut Rebecca, walaupun tahu risiko yang menanti, namun atas keprihatinan seorang ibu dan isteri dia sanggup menjaga suami serta anak-anaknya.

“Saya tak sampai hati dan terpaksa bercampur dengan mereka untuk memberi ubat dan sebagainya. Demi anak-anak dan suami yang terlalu lemah, saya cuba kuatkan diri dan akhirnya malam tadi saya juga disahkan p0s1tif C0v1d-19,” katanya.

Dalam pada itu, Rebecca turut memohon orang ramai agar terus mendoakan kesihatan dirinya dan keluarga kembali sihat.

“Terlalu laju, bah4ya sangat C0v1d-19 ini, kasihan tengok suami dan anak-anak. Saya reda dengan ujian ini. Terima kasih atas doa anda semua,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*