“Abah Janji Tak M@rah2 Lagi” Bapa Nafii Anak Cuba G@ntung Diiri Akib@t Tek@nan

Seorang bapa tampil membuat laporan polis susulan dakwaan netizen yang menuduh anak lelakinya cuba menggantung diri akibat tertekan dengan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, bapa kanak-kanak lelaki itu hadir ke Balai Polis Bukit Baru, Melaka petang semalam.

“Satu laporan polis penafian diterima pihak kami daripada seorang lelaki berusia 40 tahun berhubung kenyataan tular di media sosial berhubung gambar anaknya yang ditahan di hospital.

“Hasil keterangan daripada bapa kanak-kanak itu menyatakan, anaknya ditahan di wad kerana terjatuh daripada buaian di hadapan rumah,” katanya.

Malah, bapa kanak-kanak tersebut juga menafikan anaknya yang berusia 12 tahun itu tertekan akibat PdPR sehingga dimasukkan ke dalam was seperti tular di media sosial.

Posting asal

Terdahulu, tular tangkap layar foto di wad itu dengan kapsyen ‘jauh menyimpang’ dari posting asal ditulis segelintir pengguna Facebook yang tidak bertanggungjawab.

Posting yang ditularkan

Posting terkini dari ibu kanak-kanak tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Harian Metro, Facebook Junaidi Sulaiman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*