“Sihat Dan S4k1t Kita Allah Tentukan… Jangan Fikir Banyak” -Teka-teki Kesihatan Hafiz Suip Terjawab, Sudah Jumpa Doktor

KEADAAN kesihatan Hafiz Suip terus menjadi tanda tanya apabila foto terbaharunya memperlihatkan bentuk badan penyanyi itu semakin susut.

Menyedari kebimbangan peminat, Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 31, berkata, dia berada dalam keadaan baik dan sudah menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Assalamuailakum guys… ni sikit lagi nak kembang, tunggu gim buka sahaja.

“Sihat dan s4k1t kita ni Allah SWT yang tentukan, bukan siapa-siapa yang tentukan termasuk diri kita. Tapi sebagai asbab untuk kita tahu, (sebab) itu kita jumpa doktor.

So far, Alhamdulillah okay guys… dah jangan fikir banyak. Kita teruskan usaha kita, ” katanya menerusi Instagram.

Perkongsian Hafiz di laman Instagramnya.

Bersama kapsyen itu Hafiz berkongsi foto dia di depan cermin sambil menunjukkan otot di bahagian lengannya.

Dalam pada itu penyanyi lagu Kisah Cinta Kita itu turut berterima kasih di atas keprihatinan peminat terhadapnya dan turut mendoakan yang terbaik buat semua.

Sihat dan s4k1t kita ni Allah SWT yang tentukan, bukan siapa-siapa yang tentukan termasuk diri kita. Tapi sebagai asbab untuk kita tahu, (sebab) itu kita jumpa doktor.

HAFIZ SUIP

PENYANYI

“Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan anda… terima kasih di atas keprihatinan kalian.

“Saya sayang kalian sampai jannah, InsyaAllah, ” tulisnya.

Sebelum ini, bapa kepada dua cahaya mata itu mendapat perhatian apabila memuat naik satu status di laman Instagram, memohon maaf di atas segala kesilapannya.

Hafiz bersama isteri dan dua anak lelakinya.

Menurut anak jati Kuching, Sarawak ini dia berbuat demikian kerana takut dengan az4b Allah di hari pembal4san kelak.

“Saya minta maaf jika pernah tersalah cakap, terkecilkan hati atau ada dend4m yang tersimpan selama ini… maafkan saya.

“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng… tapi hakikatnya saya takut az4b Allah SWT di mana suatu hari nanti apabila saya m4t1 saya akan dihisab.

“Saya tidak minta lebih, cuma doakan yang baik dan saya minta kalian bermodalkan lima minit sahaja, ada masalah… dua rakaat minta dengan Allah, itu sahaja, ” katanya.

Usaha mStar untuk mendapatkan komen lanjut daripada Hafiz belum berhasil berikutan dia tidak menjawab panggilan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*