“Rehatlah, Nanti Saya Ikut Awak..” -‘Rider’ M@ut Kerana Kecua!an Orang Lain

Seorang penghantar barangan meninggal dunia selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan jalan raya berdekatan Jalan Lapangan Terbang Subang, pada 1 Julai lalu.

Difahamkan, mangsa Shahrul Ashraf dalam perjalanan ke tempat kerja terlanggar di bahagian belakang Toyota Hiace dimana kenderaan tersebut cuba mengelak satu kepingan besi yang terjatuh daripada Toyota Hilux.

Little Azam – pemandu Toyota Hiace

Menerusi posting di laman Facebook, kakak mangsa Atia Zafiera berkongsi mengenai pemergiaan adiknya yang menghembuskan nafas terakhir pada 2 Julai lalu akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Selamat dikebumikan kelmarin

Bercerita lanjut, Atia berkata arwah adiknya baru sahaja membeli motosikal baharu dan sanggup berulang alik sejauh 20 kilometer dari rumah ke tempat kerja demi mencari rezeki.

Tahun lepas ‘call’ kata boleh kerja kat J&T…

“Cari rezeki jauh2 dengan motor tak kira hujan panas. Akibat kecuaian orang lain, orang lain jadi mangsa,” tulis Atia.

Seorang adik yang ringan tulang…

Selain itu, lebih mengundang sebak apabila difahamkan isteri arwah iaitu Rohana Ismail sedang hamil anak sulung mereka dengan usia kandungan mencecah empat bulan.

Isteri arwah (kanan)

Komen sebulan lalu

Kakak kepada Rohana iaitu Nor Zaharawanis turut berharap agar adiknya tabah menerima kehilangan suami tercinta dan terus kuat demi bayi dalam kandungan.

Rohana kena kuat untuk ‘baby’

Bagaimanapun, tiada perkembangan lanjut mengenai pemandu Toyota Hilux yang masih dicari oleh ahli keluarga mangsa yang dipercayai menjadi punca kejadian tersebut berlaku.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Facebook Little Azam via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*