“Terbaik PDRM IPD Sepang” -Polis Hantar Makanan Kepada 14 Pekerja Selepas Dapat Aduan

Prihatin dengan situasi semasa, polis Sepang menghulurkan bantuan makanan kepada 14 pekerja kilang yang kehabisan bekalan makanan di Taman Bunga Raya, Sepang, malam tadi.

Menerusi perkongsian di Facebook Polis IPD Sepang, tindakan itu dibuat selepas seorang wanita membuat panggilan memaklumkan bahawa adiknya dan 13 lagi rakan sekerja yang menjalani kuarantin di rumah telah kehabisan bekalan makanan.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengarahkan anggota daripada unit kereta peronda (MPV) supaya bantuan makanan segera dihantar kepada penghuni berkenaan.

“Anggota polis MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang telah sampai di lokasi dan menyerahkan sebanyak 16 bungkus nasi berlauk pada jam 9.15 malam,” tulis kenyataan tersebut.

Posting itu meraih perhatian netizen dan dipenuhi reaksi positif yang kagum dengan tindakan murni pasukan polis Sepang dalam membantu individu yang memerlukan.

Terbaik! Amalan terpuji

Moga dapat ganjaran pahala…

Terima kasih abam polis!

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya bersedia mengenal pasti penduduk yang terjejas akibat wabak Covid-19.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Facebook Polis IPD Sepang via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*