“Tak Relevan Setakat Kurung Rakyat” – TMJ Mula Bersuara Mengenai SOP

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat prosedur operasi standard (SOP) patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih.

Menurut Tunku Ismail, rakyat sudah dikurung hampir dua bulan dan sehingga kini statistik harian Covid-19 masih menunjukkan jumlah kes yang tinggi.

“Saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan ment4l dan fizikal yang teruk. Di samping itu, masalah sosioekonomi juga timbul akibat situasi ini yang berpanjangan.

“Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan unit Media dan Komunikasi Istana Bukit Pelangi dan dimuat naik dalam Facebook rasmi beliau HRH Crown Prince of Johor pada Ahad.

Tunku Ismail berkata, penggunaan ‘rapid test kit’ dan ‘test kit’ peribadi juga perlu diperkenalkan secepat mungkin untuk semua orang.

Tunku Ismail (kanan) selepas melakukan pertemuan dengan Onn Hafiz (kiri), Hasni (dua dari kiri) dan Azmi selepas melakukan pertemuan di Royal Polo Club Johor, Johor Bahru pada Ahad.

Menurut beliau, penggunaan itu perlu digunakan secara meluas khususnya untuk sektor-sektor yang penting selain petugas barisan hadapan khususnya sektor kritikal melibatkan pemprosesan ubatan, bahan makanan dan barang keperluan asas.

“Rakyat juga patut disaringkan secara meluas dan divaksinasi secepat mungkin.

“Saya juga telah menitahkan agar proses vaksinasi untuk Bangsa Johor dipercepatkan melalui pelbagai inisiatif termasuk untuk kerajaan negeri Johor memperoleh vaksin secara pembelian terus,” katanya.

Sementara itu, beliau melakukan pertemuan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Ahad.

Dalam perjumpaan tersebut beliau meminta kerajaan negeri mempercepatkan lagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif melawan pandemik Covid-19 yang kini dalam keadaan yang kritikal.

PKP kembali, tahap kesih4tan ment4l semakin men4kutkan – Pakar p.sikiatri

KUALA LUMPUR: Tahap kesihatan mental di negara ini semakin membimbangkan semenjak pand.emik C0VID-19 bermula.

Pakar psikiatri Dr Amer Siddiq Amer Nordin berkata, kehilangan kerja dan masalah kewangan dilihat faktor utama yang memerlukan perhatian khusus kerajaan.

“Moratorium itu penting bukan sahaja untuk pastikan orang ramai tidak mengalami masalah kewangan tetapi juga untuk menjaga kesihatan mental mereka.

“Dalam tempoh setahun ini kita lihat peningkatan mendadak kes berkaitan kesihatan mental dan bunuh diri. Kes yang dirujuk ke hospital banyak, Talian Kasih juga banyak dapat panggilan.

“Jadi tak boleh pandang remeh hal ini,” katanya dalam temu bual di Buletin AWANI, pada Ahad.

Tambah Dr Amer, situasi ketika ini membuatkan beberapa agensi mengambil tindakan lebih proaktif, antaranya pengaktifan semula talian 15999 selain peranan yang dimainkan oleh agensi bukan kerajaan (NGO).

Lebih setahun berdepan dengan situasi ini, beliau juga meminta orang ramai agar sentiasa peka dengan keadaan orang di sekeliling mereka yang mungkin memerlukan bantuan.

“Kita boleh lihat masalah perceraian dan keganasan rumah tangga juga semakin meningkat apabila PKP berjalan.

“Apa yang penting sekarang, orang ramai perlu ada kesedaran yang kehidupan kita berbeza walaupun mungkin berhadapan situasi PKP yang sama.

“Kena sedar yang ada orang di sekeliling kita yang alami masalah, jadi semua perlu mainkan peranan, buat laporan jika perlu supaya bantuan boleh diberikan.

“Mereka yang mengalami masalah juga jangan berdiam diri kerana kita ada banyak agensi yang boleh membantu,” ujarnya.

PKPD Selangor, KL: Apa yang boleh, apa yang tak boleh

Berikut beberapa ketetapan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa mukim dan lokaliti di Selangor dan Kuala Lumpur, berdasarkan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM.

Semua penduduk dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing kecuali seorang sahaja wakil isi rumah, hanya untuk keluar membeli keperluan asas di kawasan

PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.

KKM akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar terhadap semua penduduk di kawasan terlibat.

Pergerakan rentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran temu janji di MySejahtera, laman sesawang atau SMS.

Lapangan terbang dan Pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (kereta api, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50 peratus.

Bilangan penumpang dalam teksi dan kenderaan e-hailing dihadkan dua orang sahaja termasuk pemandu.

Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam lapan malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran polis.

Hanya sektor perkhidmatan perlu dibenarkan untuk beroperasi dari lapan pagi hingga lapan malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.

Kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih , gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.

Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu atau menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.

Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah.

Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat Miti yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk dibenarkan beroperasi antara lapan pagi hingga lapan malam.

Pembelian makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja dibenarkan.

Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi antara lapan pagi hingga lapan malam.

Hospital, klinik dan makmal perubatan dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.

Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi antara lapan pagi hingga lapan malam.

Stesen minyak dibenarkan beroperasi antara enam pagi hingga lapan malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.

Pasar borong dibenarkan beroperasi bermula 12 tengah malam hingga enam pagi.

Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) dan MyFarm Outlet (MFO) dibenarkan beroperasi bermula enam pagi hingga dua petang.

Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan.

Kebenaran dan SOP seperti yang dinyatakan di atas merupakan sebahagian daripada SOP penuh.

SOP ini terpakai bagi pelaksanaan PKPD di mukim-mukim di Negeri Selangor dan lokaliti-lokaliti di WP Kuala Lumpur. Maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN di https://www.mkn.gov.my.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: TS

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*