Penantian Agak Lama
Begitulah yang dapat digambarkan mengenai rakyat negara ini yang bersabar menunggu panggilan selepas mendaftar untuk suntikan vaksin Covid-19 sejak awal tahun lalu.
Masih ramai dalam kalangan mereka belum menerima dos pertama, malah belum menerima sebarang notifikasi mengenai tarikh temujanji untuk suntikan tersebut.
Menerusi laman Instagram limabelasminit, pengendali laman sosial itu pada Sabtu malam berkongsi kaedah yang didakwa dapat mempercepatkan panggilan temujanji untuk suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera selepas ‘tip’ itu dikongsi oleh salah seorang pengikutnya.
“Kena buat macam ni baru dapat vaksin!!! Lepas empat jam terus dapat tarikh dalam MySejahtera. Terima kasih kepada follower @limabelasminit yang bagi tips ini,” tulis admin akaun tersebut kepada 124,000 pengikut mereka.
Malah pengendali laman itu sendiri mendakwa telah mencuba kaedah tersebut dan berjaya mendapat tarikh temujanji.
Menurut info yang dikongsi, seseorang itu perlu membuka aplikasi MySejahtera dan pergi ke bahagian ‘helpdesk’ sebelum memaklumkan isu yang dihadapi mereka.
“Tarikh register vaksin xx/2/2021 tapi belum dapat tarikh temujanji vaksin sehingga hari ni 2/7/2021,” tulis ayat dalam paparan skrin yang dikongsi.
Kaedah yang dikongsi oleh seorang individu yang didakwa mempercepatkan temujanji vaksin.
Menurut individu yang berkongsi kaedah itu, dia mendakwa terus menerima tarikh temujanji vaksin selepas empat jam berbuat demikian.
Tak ada maknanya. Dah lama dah buat trick ni. Tapi haram sampai sudah tiada date vaksin pun.
NETIZEN
Dalam pada itu, beberapa netizen di ruangan komen turut mencuba kaedah berkenaan dan mendakwa menerima keputusan yang cukup mengujakan hati setelah sekian lama menunggu.
“Berjaya buat juga tadi. Terus dapat tarikh temujanji.
“Terima kasih admin. Tak sangka menjadi. Lima minit je buat terus dapat temujanji vaksin kat Bukit Jalil,” demikian antara dakwaan netizen.
Ada dalam kalangan kita yang sudah lama mendaftar, namun belum menerima sebarang temujanji vaksin.
Namun, ada juga yang mendakwa kaedah itu sebenarnya tidak berkesan untuk mempercepatkan temujanji vaksin.
“Tak ada maknanya. Dah lama dah buat trick ni. Tapi haram sampai sudah tiada date vaksin pun,” tulis seorang lagi netizen di ruangan komen.
Rasanya tak salah kalau nak mencuba. Jika ada mana-mana pembaca mStar yang dah cuba kaedah ini, mungkin boleh kongsikan pengalaman anda dengan kami.
Sama-sama kita berdoa agar proses vaksinasi di negara ini segera mencapai imuniti kelompok dan berjalan lancar.
Julai hingga September waktu gen.ting, kritik4l – Khairy
KUALA LUMPUR: Tempoh tiga bulan akan datang bakal menjadi waktu yang sangat sibuk dan kritikal bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menteri Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin, ketika memaklumkan perkara itu berkata ia kerana Malaysia akan mula menerima bekalan dos vaksin dalam jumlah yang sangat besar, mulai bulan ini hingga September.
Sebagai perbandingan, jelasnya, jumlah vaksinasi yang dicatatkan sejak PICK mula dilaksanakan pada Februari lalu ialah sekitar lapan juta dos.
The next three months will be the busiest and most crucial period of PICK as we ramp up capacity across the country.pic.twitter.com/ukL0MzDkYN
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) July 3, 2021
“Tetapi bagi Julai ini sahaja, kita bakal menerima bekalan vaksin lebih 12 juta dos. Sudah pasti Julai akan menjadi tempoh yang genting buat PICK apabila kapasiti pemberian vaksin ditingkatkan di seluruh negara.
“Bagi memastikan cabaran pada bulan-bulan mendatang dilalui dengan teratur dan lancar, kapasiti vaksinasi di seluruh negara akan ditingkatkan dengan pembukaan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
“Selain itu, tenaga kerja kesihatan dan sukarelawan akan ditambah. Ketika ini, sebanyak 1,400 PPV sedang beroperasi di seluruh negara, selain PPV dalam pelbagai bentuk serta saiz, termasuk secara sementara di perkampungan Orang Asli.
“Kita turut membuka PPV di rumah ibadat, sekolah, universiti, dewan komuniti, tempat kerja, kawasan perladangan dan restoran, selain berteraskan konsep pandu lalu,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Twitter, hari ini.
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata usaha giat juga sedang dilakukan bagi memastikan tempahan vaksin CanSino oleh Malaysia berupaya dihantar pada bulan ini.
Selain selamat dan berkesan, katanya, pelalian satu dos itu amat penting dalam memudahkan lagi usaha vaksinasi kepada masyarakat, terutama yang tinggal di pedalaman serta menghadapi kesukaran penghubungan.
“Vaksin CanSino ini akan digunakan kepada kumpulan pelarian yang turut sama divaksinasi bagi memastikan seramai mungkin individu mendapat perlindungan daripada j4ngkitan C0VID-19,” katanya.
Menyentuh perkembangan Pelan Pemulihan Negara, Khairy berkata usaha memberikan suntikan vaksin kepada 300,000 pekerja sektor pembuatan pengangkutan, pembinaan dan perladangan akan dipergiatkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Selain itu, katanya, Malaysia sentiasa memantau dan meneliti data keberkesanan vaksin, khususnya dalam keadaan penularan varian Delta B1617.2 dan yang lain.
“Seperti mana negara lain, kita juga sedang mengkaji sekiranya wujud keperluan untuk memberikan suntikan tambahan atau dos penggalak.
“Besar kemungkinan, COVID-19 akan terus ada dan menjadi endemik serta memerlukan vaksinasi berkala seperti mana suntikan virus selesema,” katanya.
Demi memastikan kelancaran PICK, Khairy memberi jaminan bahawa aplikasi MySejahtera akan sentiasa ditambah baik bagi membolehkan sebarang isu yang timbul berupaya diatasi dengan segera.
Katanya, mutu perkhidmatan di setiap PPV yang beroperasi juga akan dipertingkatkan, termasuk dengan memastikan tahap penyampaian berkualiti daripada setiap sukarelawan dan petugas.
“Kerjasama setiap masyarakat penting untuk membolehkan PICK mencapai kejayaan. Tempoh beberapa bulan mendatang akan menentukan kejayaan kita.
“Insya-Allah, dengan usaha berterusan yang kita sama-sama lakukan, kita mampu mencapainya,” katanya.
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: TS
Leave a Reply