“Niat Nak Tolong Je” – Ebit Lew Luah Terharu Tak Sangka Terima Anugerah Duta Muhibbah Palest!n

Seperti yang ramai tahu, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew kini berada di Gaza dan sedang menjalani misi kemanusiaan di sana.

Baru-baru ini, pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew berkenaan berkongsi perkhabaran gembira dan memaklumkan dirinya terlah menerima anugerah Duta Muhibbah Palestine/Palestine Goodwill Ambassador.

Menerusi perkongsian itu, pemilik perusahaan ElewsMart itu meluahkan kesyukuran dan berasa terharu terhadap anugerah yang diterimanya.

“Niat nak menolong sahaja”

Biarpun begitu, usahawan berusia 37 tahun berkenaan dengan rendah hati memberitahu dirinya hanya melakukan sedikit usaha berbanding orang lain.

“Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestine, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia.
“Mereka menyambut dan melayan dengan sangat baik. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapapun. Cuma niat nak menolong sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ebit juga berbincang berkenaan program-program yang bakal dilaksanakan di Palestin pada masa hadapan.

Malah, hero Malaysia itu turut bercadang untuk bekerjasama dengan kementerian luar menjalankan projek-cultural Exhibition of Heroism and Sacrifices.

Dalam pada itu, Ebit berterima kasih kepada semua individu yang terlibat termasuk kerajaan dan kementerian Luar Palestin, semua rakyat Palestin serta rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia mengucapkan tahniah terhadap lelaki berhati dermawan terbabit.

Penghargaan besar buat Ustaz & negara

Tahniah Ustaz dan team!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew vis OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*