Di saat ini, apa sahaja boleh berlaku lebih-lebih lagi ramai yang mengalami keresahan apabila semakin hari, kes baharu COVID-19 masih di tahap yang sama.
Seperti yang umum sudah tahu, pelakon Janna Nick disahkan mengalami penyakit Bipolar Disorder yang mana beliau mengakui pernah cuba untuk membunuh diri beberapa kali.
Disebabkan itu, sepanjang pandemik ini ramai peminat berasa bimbang dengan tahap kesihatan pelakon berusia 26 tahun itu.
Terkini, Janna ada memuat naik satu foto berserta caption yang penuh makna sehingga membuatkan ada yang berasa bimbang selepas membaca caption berkenaan.
Bagaimanapun, Janna mengakui bahawa beliau baik-baik sahaja dan turut berharap agar semua turut berada dalam keadaan yang sama.
Disebabkan pandemik ini, banyak jiwa yang berasa terganggu lebih-lebih lagi selepas memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini.
Semoga kita semua baik-baik sahaja dan diharapkan pandemik ini akan berakhir dengan segera!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Instagram Janna Nick via Hot Fm
Leave a Reply