Sudah menjadi kebiasaan sebelum pandemik apabila tetamu bertandang ke rumah, ibu-ibu akan meminta anak dara mereka untuk menyediakan dan menghidangkan minuman.
Hidang air ketika tetamu datang
Namun siapa sangka, ketika menatang dulang minuman ke ruang tamu, ada mata yang memerhati.
Hal ini dikongsikan oleh seorang wanita berusia 20 tahun di aplikasi TikTok yang menggunakan nama akaun @sofiarosess apabila ada warganet bertanya perihal detik pertama kali berkenalan dengan suami.
Answer to @hnnbdriah and if you ask why I choose him, bcs he never give up♥️ ##fypage ##lovestory ##nikah
Suami tak give up walau kena reject
Menerusi kapsyen lagi, dia memaklumkan pertemuan pertama itu membuatkan suaminya meminta izin untuk berkenalan dengannya melalui ibu bapa.
Walaupun pada awalnya @sofiarosess agak keberatan dan beberapa kali pelawaan untuk berkenalan ditolak, akhirnya dia menerima lelaki tersebut melihat daripada kesungguhannya.
@sofiaarosessYou’re the answer of my doa♥️ @e.a.ir ##fypシ ##nikah
Pada Jun 2020, dia terbuka hati menerima lelaki itu dalam hidupnya dan pada September pula mereka rasmi bertunang.
Selepas lapan bulan bergelar tunangan, mereka akhirnya disatukan pada Mei 2021 dan kini bahagia hidup bersama.
Tips utama kena ingat ni
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata mengambil ‘pengajaran’ dengan berniat mahu rajin menghidangkan air buat tetamu pada masa akan datang jika mahu bertemu jodoh juga.
Mereka juga sempat berseloroh dengan memaklumkan kaum lelaki turut perlu direject sebanyak dua kali sebelum diterima.
Lelaki kena reject 2 kali dulu ke?
Lepas ni kena rajin tolong hidang air
Ingat dalam drama je
Kalau tetamu datang jangan gelabah menyorok
Apa-apa pun selamat melayari alam perkahwinan dan semoga bahagia hingga ke akhirnya!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: TikTok sofiarosess via OMM
Leave a Reply