“Insya-Allah, Saya Pasti Akan Berkongsi Apabila Tiba Masanya” -Ruhainies Tak Mahu Kahwin Online

Selepas kakaknya, pelakon Risteena sudah pun bergelar isteri, sudah pasti Ruhainies tidak terlepas dengan pertanyaan mengenai soal perkahwinan dengan kekasih hatinya dikenali sebagai Mr E.

Bagaimanapun, Ruhainies berkata dia belum mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujang. Ujarnya, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonan terlebih dahulu.

“Insya-Allah, saya pasti akan berkongsi apabila tiba masanya. Saya, seorang bersikap terbuka dan tidak suka menyembunyikan perkara baik. Lebih lagi, kepada peminat yang menyokong kerjaya seni saya.

“Bagaimanapun, saya belum sedia mahu berkahwin kerana fokus pada kerjaya seni terlebih dahulu. Sebelum ini, nama saya agak senyap kerana banyak mendapat tawaran di stesen televisyen lain.

“Namun, saya mendapat peluang kembali ke TV3, jadi saya ingin fokus pada ‘comeback’ dan perniagaan, tahun ini. Selepas semuanya stabil barulah saya akan memikirkan ke arah jodoh,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies tidak meletakkan sebarang sasaran usia untuk berkahwin dan menerima jika ditakdirkan bertemu jodoh lebih awal.

Malah, Ruhainies mengakui pandemik Covid-19 melanda negara antara salah satu sebab dia tidak dapat meneruskan perancangan untuk berkahwin kerana tidak mahu nikah secara dalam talian.

“Tidak dinafikan, ia salah satu alasan kenapa saya menangguhkan perkahwinan. Jika boleh, saya ingin menunggu COVID-19 reda barulah saya akan memikirkan perancangan perkahwinan. Saya tidak mahu berkahwin secara dalam talian.

“Orang lain mungkin tiada masalah untuk berkahwin dalam talian, tetapi saya mahu mengelakkannya. Saya percaya setiap insan memiliki perkahwinan impian, begitu juga saya.

“Bukanlah bermakna saya mahu mengadakan majlis secara besar-besaran. Cuma, saya mahu ahli keluarga dapat berkumpul beramai-ramai pada majlis perkahwinan saya. Ia lebih bermakna, jadi bersabar adalah jalan yang terbaik,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*