“Lecturer Dia Insecure Sampai Minta Selfie Dengan Kambing!” -Pelajar Kongsi ‘Selfie’ Tunjuk Bukti

Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, kelas pengajian di universiti masih diteruskan seperti biasa namun secara atas talian sahaja.

Realitinya, para pelajar termasuk pensyarah harus menghadapi banyak cabaran dan dugaan berbanding kelas yang diadakan secara fizikal atau ‘face to face’.

Begitulah seperti kisah dikongsikan oleh seorang pelajar ini yang mana salah seorang rakan sekelasnya tidak dapat hadir ke kelas ‘online’ dengan alasan di luar jangkaan ramai.

Pensyarah tanya sebab tak hadir kelas ‘online’

Jika tidak dapat hadir ke kelas ‘online’, kebiasaannya pelajar akan memberi alasan seperti sakit atau mempunyai hal kecemasan dan sebagainya.

Namun, berlainan pula pelajar lelaki tersebut apabila dia memaklumkan alasannya tidak dapat hadir ke kelas ‘online’ gara-gra kambing peliharaannya bersalin.

Kambing baru bersalin

Terkejut dan seakan tidak percaya dengan jawapan yang diberikan pelajarnya, pensyarah itu meminta dia bergambar bersama anak kambing tersebut sebagai bukti.

Pelajar itu kemudian mengambil gambar yang diminta dan menunjukkan kambing yang dijaganya.

@cahhhhhhh_6

korang pernah tak lecture korang mintak bukti kenapa tak tick attandence🤣🤣 Agak ii kisah ni masuk fyp tak🙊😂##studentlife ##odl ##uitm ##kambing

♬ Oh No, Oh No, Oh No No No Song – Tik tok & Tendencias & Challenge

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur menyaksikan kisah pelajar lelaki berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga yang memuji sikap jujur pelajar tersebut.

Comel je

Lecturer dia insecure sampai minta selfie kambing

Sangat jujur bagusnya

Terhiburlah

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: TikTok cahhhhhhh_6 via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*