“Tak Boleh Bangun Lepas Berlaga Pipi” -Aksi Siti Sarah Di Pentas Menghiburkan Ramai

Sudah lama kita tidak dapat menyertai aktiviti hiburan secara terbuka disebabkan penularan wabak COVID-19.

Namun, kemeriahannya masih dapat diimbau kembali, betul tak?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu telah memuat naik satu video lama ketika beliau mengadakan persembahan bersama isterinya yang mana ketika itu belum lagi adanya kes COVID-19.

“Masa ni last organizer ni panggil kitorang 😂

Dah dengar Semakin Benci Semakin Cinta??? #SebelumPkp #Sebelumcovid”

Melalui video tersebut, terdapat seorang peminat menghampiri isterinya, Siti Sarah di pentas.

Oleh itu, Sarah duduk seketika untuk bersalam, berlaga pipi dan bergambar bersama.

Namun selepas itu, Sarah dilihat menghadapi kesukaran untuk bangun semula walaupun sudah mencuba beberapa kali.

Shuib yang menyedari perkara itu menghampiri isterinya untuk memberi pertolongan.

Aksi mereka dilihat lucu kerana pasangan itu sedang membuat persembahan nyanyian.

Mereka juga ketawa ketika di atas pentas kerana kejadian tersebut.

Sementara itu melalui ruangan komen, ramai yang memberi pendapat mereka untuk hantaran berkenaan.

Mungkin kerana kasut Sarah yang tinggi, maka ia menyukarkan beliau untuk bangun pada waktu itu.

Apa-apa pun, pasangan Shuib dan Sarah tetap dilihat sweet dan menghiburkan ramai.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Instagram Shuib

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*