“Terima kasih Khairul Aming. Alhamdulillah, Dalam 700++ Kek Batik Terjual Dalam Masa 2 Jam..” -Peniaga

Peniaga-peniaga kecil ketika ini sememangnya ramai yang sudah beralih ke aplikasi atas talian bagi memasarkan produk mereka kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Oleh itu, sokongan daripada pembeli sangat diharapkan oleh mereka bagi melariskan jualan yang tidak pasti keuntungannya.

Riview jujur kek batik di Instagram

Oleh itu, influencer yang terkenal dengan perkongsian resepi masak memasak di media sosial, Khairul Aming telah membantu dengan membuat review jujur produk yang dibeli.

Jika sebelum ini, bekas mengisi beras telah tular dan sold out selepas influencer itu membelinya di Shopee, kali ini giliran penjual kek batik pula yang tak henti menerima tempahan susulan Khairul Aming membeli dan makan kek tersebut.

Kek batik lar!s terjual

Penjual kek batik yang dikenali sebagai @IkaaZulaikha tersebut begitu terh@ru dengan review jujur daripada Khairul Aming dan sangat bersyukur kerana lebih 700 biji kek telah habis terjual dalam masa dua jam sahaja.

Dia sangat berterima kasih kepada influencer berkenaan serta rakannya kerana sudi membeli dan mempromosikan perniagaannya secara percuma.

Beri kata semangat kepada penjual

Dalam pada itu, Influencer tersebut juga membalas ucapan terima kasih perniaga tersebut dengan memuji kesedapan kek yang dijual serta memberi kata-kata semangat kepada wanita itu serta team jualannya.

Akan segera tambah stok baru

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sama mahu mencuba rasa kek batik yang telah tular itu. Namun, pihak penjual berharap agar semua bersabar kerana dia akan segera menambah stok kerana stok tersedia sudah habis.

Sebelum ini, Khairul Aming ada membuat review berkenaan bekas beras yang dibeli menerusi aplikasi Shopee. Tanpa dijangka, perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan peralatan dapur itu habis terjual dalam masa sehari sahaja.

Peniaganya juga mungkin mendapat keuntungan yang agak lumayan dan pastinya mampu tersenyum dengan hasil jualannya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*