“Istilah ‘Perempuan Sentiasa Betul’ Tak Relevan” -Mulanya Merajuk, Gadis Ini Cair Selepas BF Gigih Buat Kejutan

MACAM-macam cara boleh dilakukan untuk memujuk seseorang dan meminta maaf.

Tanpa usaha yang mahal-mahal atau luar biasa, hati yang terguris masih mampu terubat.

Begitulah yang dialami seorang gadis apabila menerima dokumen daripada kekasihnya, mengandungi kata-kata manis dengan penyampaian secara interaktif dan mengusik jiwa.

Gadis yang berkongsi mengenai kejutan itu di aplikasi TikTok, Nursyaza Ilyana Shahruddin tampil menjelaskan bahawa berlaku salah faham antara dirinyadengan teman lelakinya.

“Berlaku sesuatu sehingga membuatkan saya cemburu. Sebenarnya perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan pun. Tapi hati perempuan kan lembut, mudah sensitif.

“Dalam hal ini, saya tak sepatutnya fikir yang bukan-bukan. Tapi saya merajuk sehingga mendiamkan diri,” kata gadis berusia 24 tahun itu.

Mesej yang dihantar kekasihnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Lebih mesra disapa Syaza, katanya, dia sebenarnya tidak menyangka kekasihnya berusia 26 tahun itu mendapat idea yang begitu romantik untuk memujuknya.

Gadis berasal dari Kulim, Kedah itu berkata, kekasihnya menghantar dokumen Microsoft Excel menerusi WhatsApp dan memintanya untuk membukanya di komputer riba.

“Bila saya buka dokumen, banyak pop-up window yang tertera kata-kata manis dan memerlukan saya untuk mengklik butang, bagi mengikuti langkah-langkah seterusnya.

“Tak sangka dia buat macam sweet sangat tu sebab dia bukanlah pakar IT. Saya percaya dia banyak belajar contoh-contoh pop-up window tu dari video-video di laman YouTube,” katanya yang kini menetap bersama keluarga di Kuala Lumpur.

Permohonan maaf yang dibuat oleh teman lelaki Syaza di akhir dokumen itu.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia mengakui gementar untuk membuka dokumen tersebut selepas hanya membaca mesej di aplikasi WhatsApp, pada tengah malam.

“Walaupun dah tengah malam, saya tidak fikir yang bukan-bukan, prank (gurauan) atau terbayangkan hantu. Cuma perasaan saya yang ingin tahu tu begitu kuat.

“Di akhir banyak pop-up window dengan kata-kata manis tu, dia minta maaf dan disertakan gambar-gambar kami berdua. Bila tengok tu, automatik saya tersenyum, lembut hati.

“Kami kemudian berbual menerusi panggilan telefon dan masing-masing mohon maaf di atas salah faham yang berlaku antara kami,” ujar Syaza sambil menambah dia mengenali kekasihnya yang merupakan guru kimia di sebuah sekolah menengah, sejak tahun lalu.

Syaza bersama hadiah yang diberikan kekasihnya sebelum ini.

Sehubungan itu, graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Persuratan Melayu) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor berkata, isitilah ‘perempuan selalunya betul’ yang sering diguna pakai terutama di media sosial adalah tidak relevan.

“Istilah ‘Perempuan Sentiasa Betul’ tak relevan. Bukan semua perempuan sentiasa betul, ada juga segelintir perempuan yang merendahkan ego mereka.

“Jangan terlalu ikutkan perasaan atau keras hati. Bimbang pasangan akan tawar hati dan sukar untuk memperbaiki hubungan. Masa tu nanti dah terlambat.

“Tanpa mengira lelaki atau perempuan masing-masing kena memberi dan menerima atau give and take. Bertolak ansur tu adalah sebaik-baiknya. Apapun, doakan yang baik-baik buat hubungan kami,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*