“Jangan Gelakkan Saya” -Nabila Razali Teruja Dengan ‘Kehadiran’ Song Joong Ki

Kehangatan drama dari Korea Selatan berjudul Vincenzo masih lagi terasa.

Antara yang menjadi kegilaan ialah pelakon utamanya Song Joong Ki yang berjaya mencuri hati ramai golongan wanita.

Mana tidaknya, bekas suami kepada pelakon Song Hye Kyo itu mempunyai wajah tampan dan perwatakannya dalam lakonan pula sangat menarik.

Turut mengagumi pelakon tersebut ialah penyanyi dan pelakon Nabila Razali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🥀🥀🥀 (@nabila.razali)

Melalui hantaran tersebut, Nabila dilihat cukup teruja dengan filter kameranya yang menampilkan Joong Ki.

Tidak lekang senyuman di wajah Nabila sepanjang video yang dimuat naiknya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Peluang Kedua itu juga tahu bahawa bukan hanya dirinya yang merasa teruja kerana hal tersebut.

I know i’m not the only one #SJK🤍” 

Sementara itu, ramai yang meninggalkan pendapat mereka pada ruangan komen, termasuklah para peminat Joong Ki.

Nampaknya Song Joong Ki ini memang duda terkenal yang diminati ramai, kan?

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*