Sempoi Habis! -Guru Tak Kekok Dengan Norma Baharu

BUKAN di atas papan putih, kertas ataupun gajet, sebaliknya guru ini mempunyai cara tersendiri untuk mengajar, dengan matlamat utamanya mahu para pelajar lebih memahami sesuatu topik.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan guru lelaki berkenan begitu tekun melukis graf di atas lantai mozek di rumahnya menggunakan pen marker.

Struggle untuk student supaya lebih memahami. Good luck all students,” demikian kapsyen pada video tersebut.

Sehingga kini, ia meraih lebih dari 1 juta tontonan dalam tempoh 24 jam, selain dibanjiri dengan pujian netizen yang kagum melihat kegigihan guru lelaki berkenaan menyampaikan ilmu.

Menurut Aina Abidin, bapanya yang lebih dikenali sebagai Cikgu Abidin merupakan seorang guru subjek Ekonomi bagi pelajar tingkatan enam di sebuah sekolah menengah di Sandakan, Sabah.

Aina berkata, sejak semua pelajar perlu mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) lebih setahun yang lalu, bapanya sentiasa komited malah melipatgandakan usaha demi memberikan yang terbaik buat pelajar.

“Ketika itu bapa sedang tekun mengajar dan tak sedar gelagatnya dirakam secara sembunyi-sembunyi.

“Bukannya tak ada papan tulis, cuma ayah lebih selesa conteng mozek sebab katanya mahu memudahkan kerja dan lebih selesa.

Aina juga pernah menjadi pelajar kepada bapanya sendiri sewaktu tingkatan enam.

“Dia hanya sedar perkara tersebut selepas video itu viral dan ramai yang hantar mesej kepadanya. Ayah hanya senyum saja bila tahu videonya dah tular,” cerita wanita berusia 23 tahun ini.

Aina yang juga pernah menjadi anak murid kepada bapanya sendiri berkata, lelaki tersebut sudah berkecimpung dalam bidang perguruan selama hampir 30 tahun.

Meskipun sudah menganjak usia 53 tahun, Aina berkata bapanya tidak kekok dengan norma baharu sistem pendidikan yang memerlukan kaedah mengajar secara dalam talian (online).

VIDEO :

@ainaabdn7

struggle untuk student supaya lebih memahami. goodluck all students. ##xybca ##fyp

♬ Beggin’ – Måneskin

“Ayah masih boleh ‘tangkap’ kalau perlu Google Meet, Zoom atau sebagainya. Talian internet juga tiada masalah di rumah kami, jadi ia melancarkan lagi tugasannya.

“Sungguhpun ayah komited dan tak penat, pernah juga beberapa kali dengar dia menyuarakan rasa kasihan dengan pelajar-pelajar… dia bimbang sangat kalau pelajar tak faham sebab tak bersemuka.

“Apa yang saya perhatikan lebih-lebih lagi ketika PdPR sekarang, ayah sangat utamakan pelajarnya. Kalau ada pelajarnya mesej di Telegram atau WhatsApp untuk bertanya sesuatu, cepat sahaja dia balas. Siap hantar ‘voicenote’.

“Alhamdulillah… kata ayah, respons para pelajarnya sepanjang PdPR ini sangat memuaskan. Tak ada yang suka ponteng kelasnya setakat ini,” cerita Aina yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Bercerita lebih lanjut mengenai perwatakan bapanya sebagai seorang guru, Aina yang merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik ini berkata, lelaki tersebut sememangnya sangat santai dan melayan murid seperti anak sendiri.

Rata-rata netizen memberikan komen positif pada perkongsian video tersebut.

“Ayah ni memang tak garang langsung… dia pula jenis yang rapat dengan pelajar. Sebelum-sebelum ini, ada saja tempat dia bawa pelajarnya berjalan… contohnya pantai.

“Bagi ayah, itu adalah caranya mahu kembangkan otak mereka. Sesekali sekala kena keluar dan rileks. Sebab itu, tak hairanlah dia memang disukai ramai pelajar. Malah bekas-bekas pelajarnya dulu pun masih hubunginya,” cerita Aina.

Menurut wanita ini lagi, dia sama sekali tidak menyangka video bapanya itu menjadi tular kerana dia sekadar muat naik secara suka-suka.

“Alhamdulillah… ramai sangat beri komen positif. Namun tak kurang juga ada beri cadangan, malah siap ada yang nak sedekah papan putih… lucu juga.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang komen positif. Satu saja yang saya minta, doakanlah supaya bapa saya sihat sentiasa untuk terus menabur bakti,” ujarnya lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Tik Tok Aina via Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*