Doktor Terangkan Risikonya -Pelajar DihaIang Duduki ‘Exam’ Sebab Belum Divaksin?

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan seorang pelajar perubatan dari salah sebuah universiti tempatan tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan kerana belum menerima vaksin Covid-19.

Difahamkan, pelajar tersebut pada awalnya memang enggan menerima vaksin, namun atas desakan pihak universiti, dia akhirnya akur namun memilih untuk divaksin dengan jenama vaksin pilihannya sendiri.

Dah buat Iaporan p0lis

Walau bagaimanapun, sehingga kini, Nik Farah Ellisha, 22 mendakwa masih belum menerima sebarang tarikh temu janji vaksin. Jadi disebabkan peperiksaan telah bermula pada 8 Jun 2021, dia telah hadir ke dewan peperiksaan namun tidak dibenarkan masuk oleh pihak universiti.

Pelajar itu ada juga memohon untuk menduduki peperiksaan secara berasingan tetapi tetap ditolak. Oleh itu, gadis berusia 22 tahun tersebut mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di IPD Brickfields.

Ramai yang tak bersetuju dengan pelajar tersebut

Namun begitu, pendiriannya telah mendapat kec@man daripada banyak pihak terutamanya warganet kerana ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberi selepas video kenyataannya dimuat naik salah seorang pengguna Twitter.

Kongsi pengalaman sebagai pelajar perubatan

Oleh itu, seorang seorang doktor telah terpanggil untuk menjelaskan hal tersebut bagi memberi pencerahan kepada sesetengah pihak yang menganggap tindakan pihak universiti berkenaan keterlaluan.

Dr. Amirul Amzar telah berkongsi pendapat serta pengalamannya sebagai pelajar perubatan sebelum ini. Menurutnya, peperiksaan perubatan ini melibatkan pesakit. Sekiranya calon tidak divaksinasi, risiko mereka dijangkiti atau menyebabkan orang lain terjangkiti Covid-19 lebih tinggi.

Semoga dapat diselesaikan dengan baik

Dalam pada itu, Dr. Amirul juga menyuarakan keyakinannya terhadap pihak universiti dalam membuat keputusan demi menjaga keselamatan pelajar-pelajar yang lain dan warganya.

Sehubungan dengan itu, Dr. Amirul berharap agar isu Nik Farah Ellisha ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Twitter harithilmi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*