Sejak kebelakangan ini, ramai yang berkongsi momen membuat video tugasan demi tuntutan pembelajaran secara atas talian.
Paling mencuri tumpuan sudah tentu mereka yang ‘terpaksa’ berkongsi rutin harian mereka dirumah bersama ibu atau ahli keluarga yang lain dan merakamnya sebagai bukti melakukan kerja-kerja tersebut.
Sembang buat kerja rumah
Salah satunya adalah perkongsian video daripada pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @rotigardeniaa apabila perlu membuat video bersama ibu tersayang.
Dalam video tersebut, boleh dikatakan sepanjang proses rakaman ibunya berdekah gelak apabila tidak mempercayai bahawa anaknya membuat semua kerja rumah seperti memasak, membantunya serta membantu ayah di bengkel.
aku cakap dengan ibu yang ni untuk assignment HAHAHAHAHAHAH pic.twitter.com/NCksLtjh6L
— erry lapar 🇵🇸 (@rotigardeniaa) June 8, 2021
Ramai terhibur lihat muka ibu
Reaksi ibunya yang tidak dapat menahan tawa mendengar ‘pembohongan’ anaknya membuatkan warganet turut sama terhibur.
Kedengaran dengan jelas juga wanita itu menafikan kerja-kerja rumah yang dikatakan anaknya itu dilakukan sepanjang menjalani pembelajaran di rumah.
Muka mak dia tiap kali tahu anak menipu
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sama terhibur mendengar video yang dirakam olehnya.
Masing-masing dapat menangkap reaksi ibunya tiap kali dia menyebut aktiviti-aktiviti sepanjang berada dirumah yang hakikatnya ‘jarang’ dilakukan.
Nasib baik ayah dia tak ada dekat situ
Belum cakap ibu dah tau membongak
Nak tipu ibu ada dekat situ pulak
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Roti Gardenia
Leave a Reply