Bosan PKP Sampai “Tertonggeng”, Elizabeth Tan Akui ‘Tak Tahu’ Mahu Buat Apa Lagi

“Hahaha dah tonggang terbalik dah rupa you, lepas ini berjalan tangan dibawah, kaki diatas ok😂😂😂”

Siapa sangka krisis kesihatan yang melanda dunia ini dikatakan sedikit sebanyak telah memberi impak kepada sesetengah psikologi masyarakat di mana ia membuatkan mereka berasa bosan dan jemu sehingga tidak tahu apa lagi yang harus dibuat meskipun ketika berada di rumah.

Kadangkala sikap sedemikian datang sekali-sekala dan ada ketikanya berlaku acap kali apabila tidak tahu apa yang hendak dilakukan menyebabkan ramai individu sanggup menghabiskan masa tanpa sedar tanpa, tujuan dan tidak dapat memberi fokus terhadap sesuatu pekerjaan.

Menurut sumber laporan pakar psikologi, gejala jemu dan bosan ini boleh dikaitkan dengan istilah psikologi iaitu boredom yang bermaksud tidak tahu apa yang hendak dibuat.

Bukan hanya orang biasa, malah golongan selebriti juga terkesan dengan Covid-19 dan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0  yang sedang dilaksanakan ini.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengakui dirinya mengalami kebosanan selain sibuk menghitung hari bagi tempoh tamatnya pelaksanaan perintah lockdown sehingga ke tarikh 14 Jun seperti yang telah sedia maklum.

caption:

“Lockdown dah habis ke belum.. bosan wehh 😭😭”

Mengetahui bahawa selebriti ini mungkin sering terbiasa dengan rutin harian yang sibuk ketika menjalani pengambaran dan sebagainya, kali ini kehidupan norma baharu ini pastinya membuatkan orang ramai berasa kekok dan janggal kerana sudah berada di rumah dalam tempoh yang agak lama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memberi saranan dan idea kepada selebriti ini untuk mengelak daripada berasa bosan yang mampu mengganggu keadaan mental seseorang.

Mengikut sumber sebuah laporan berita, rasa gelisah yang dialami berpunca daripada keletihan emosi atau mental fatigue yang mungkin berlaku kerana banyak melakukan kerja secara rutin dan berulang sehingga menjejaskan minat serta fokus terhadap sesuatu aktiviti atau pekerjaan.

Tidak dapat dinafikan kehilangan pekerjaan, terputus bekalan makanan, atau terpaksa bekerja dari rumah ini merupakan kesan akibat penularan pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, usah kuatir dan jangan panik! Terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan sewaktu tempoh ‘rehat’ yang mungkin jarang-jarang dapat kita rasai ketika sedang sibuk.

Guna lah kesempatan yang ada ini dengan mengemas rumah, mengeratkan hubungan silaturahim di antara keluarga ataupun memanjakan diri dengan memberi sepenuh perhatian kepada tahap kesihatan diri dan keluarga.

Manfaatkan masa terluang anda dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan sama-sama berganding bahu bagi memutuskan rantai penularan jangkitan Covid-19 sekali gus mengembalikan “kehidupan terdahulu” untuk di nikmati bersama.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*