Tunang ‘Online’ Ketika PKP, Ibu Sendiri Sarungkan Cincin Tanda

Umum sedia tahu bahawa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebarang aktiviti keramaian atau berkumpul tidak dibenarkan.

Jadi, aktiviti seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, kenduri-kendara dan bermacam lagi perlu ditangguhkan.

Tunang online je sekarang

Mencari inisiatif lain untuk mengadakan majlis pertunangan, seorang gadis telah berkongsi momen dimana melakukan pertunangan secara atas talian sahaja dengan membuat video call bersama keluarga pihak lelaki.

Perkongsian yang dibuat oleh farahainjeman ini bukan hanya memudahkan urusan, tetapi turut menjimatkan kos majlis.

Ajak tunang macam nak pergi mcD

Dia juga memaklumkan sehari sebelum bertunang, kekasihnya mengajak untuk mengikat tali pertunangan dengan begitu ‘selamba’ apabila cuma bertanya sama ada mereka sekeluarga mempunyai masa lapang ataupun tidak pada keesokkan harinya.

Jadi, apabila masing-masing menyatakan persetujuan, mereka terus sahaja rasmi bertunang secara atas talian.

Boleh dah buat macam ni kalau nak buat majlis

Sehubungan dengan itu, ramai yang telah meninggalkan komen diruangan Twitter farahainjeman  dengan mengucapkan selamat bertunang buatnya dan pasangan.

Ada juga daripada mereka turut mahu melangsungkan majlis seperti ini memandangkan masing-masing terpisah jarak dengan pasangan dan juga atas kekangan PKP yang entah bila akan selesai.

Sekarang semua kena virtual

Tahniah! Semoga dipermudahkan

Jimat pun jimat!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber : farahainjeman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*