Secantik Nama Seindah Makna, Ini Rupanya Maksud Nama Anak Ain Edruce

“Dear Soraya, cantiknya awak😍 semoga terus membesar dgn baik and jadi anak yang solehah serta banggakan mommy dan daddy ye nanti❤️”

Baharu beberapa hari dilahirkan, wajah bayi selebriti ini dikatakan mewarisi pesona manis sang ibu, bahkan namanya juga membawa makna cantik sebagai gambaran rupa paras yang dimiliki.

Selain memiliki nama klasik yang sebutannya hanya sepatah, wajah comel anak pengacara dan pelakon Ain Edruce ini raih tumpuan peminat.

Terbaharu, Ain Edruce ada berkongsikan foto pertama wajah anaknya itu untuk diabadikan sebagai memori di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Hantaran yang dimuat naik itu mempamerkan kecomelan bayi Ain Edruce yang lagi enak dibuai mimpi selain berpakaian lengkap berserba putih.

Soraya Muhammad Amirul Hafiz merupakan puteri sulung Ain Edruce dan suami yang pada asalnya jantina bayi selebriti ini tidak diketahui oleh mereka sendiri sepanjang tempoh kehamilan sehingga hari dia dilahirkan.

Menurut sebuah sumber laporan berita, Ain pernah menceritakan bahawa pada awalnya dia meneka bahawa anak yang bakal dilahirkan itu adalah lelaki namun suaminya pula menebak yang anak sulung mereka merupakan bayi perempuan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan anak selebriti kesayangan mereka ini serta turut menitipkan doa agar diberikan kesihatan yang baik.

“Alolo Soraya lena nya tidur, dah mandi, dah minum susu dah pakai bedak…semoga Soraya menjadi anak yang solehah yang sentiasa membanggakan mommy and daddy serta semua yang mengenali Soraya…kebanggaan dunia dan akhirat”

Memang cute pun Soraya ni!

Apa-apa pun semoga baby dan ibunya sentiasa berada di dalam tahap kesihatan yang baik dan ceria selalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*