Chef selebriti terkenal Dato’ Fazley Yaakob menerusi satu hantaran di laman Instagram tampil memberikan respon susulan menerima krit!kan daripada seorang pembeli yang berkongsi maklum balas mengenai kek yang dijualnya.
‘Kek batik paling tak sedap’
Individu berkenaan mendakwa, kek batik yang dijual oleh Dato’ Fazley Yaakob g@gal memenuhi cita rasanya sebagai pembeli. Fazley menjelaskan dia menerima krit!kan tersebut dengan hati yang terbuka dan turut berterima kasih kepada invidu tersebut kerana sudi memberikan maklum balas mengenai kek yang dijualnya.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, ramai netizen beranggapan tindakan individu tersebut adalah tidak wajar dan boleh menjatvhkan perniagaanya itu.
‘Saya yakin beliau berniat baik’
Ujar Fazley lagi, dia beranggapan individu tersebut mempunyai niat yang baik dengan memberi tegvran kepadanya untuk memperbaiki lagi kek yang dijualnya.
Saya bekerjasama dengan semua tak kira jenama besar atau yang tiada jenama sebab saya percaya dalam rezeki saya sebagai seorang tukang masak, ada rezeki orang lain juga, baik dari segi pembekal, pembungkus, penghantar, pembeli dan semua yang terkait dari titik A ke titik Z dalam proses penjualan makanan.
Bercerita lebih lanjut, Fazley menjelaskan dia berasa segan untuk memberi kritikan kepada masakan orang lain kerana masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri.
Prinsip saya tak suka tak apa. Tak sedap tak apa. Biar orang ramai yang bagi pendapat sendiri. Asalkan saya tidak berkongsi apa2 yang boleh melukakan hati sesama tukang masak atau baker
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Oh Bulan via Instagram Dato’ Fazley Yaakob
Leave a Reply