Profesor Klon Pun Ambil Vaksin Covid-19

Siapa tidak kenal dengan gaya personaliti terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi dalam lakonan mahupun sebagai pengacara terkemuka negara.

Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil merupakan antara individu yang pasti dikenali ramai oleh golongan kanak-kanak kerana mengetahui dirinya yang amat mahir dalam mengendal!kan anak-anak muda.

Terbaharu, tular di media sosial gambar Pak Nil yang sedang menerima suntikan vaksin Covid-19 meraih tumpuan orang ramai apabila watak lakonan sebagai Profesor Klon yang dilakokan dalam sebuah filem dikaitkan semula.

caption:
“Tengok ni guys, professor klon pun ambik vaksin walaupun dulu dia ada jual vaksin dkt negara metrofulus. Apa alasan korang taknak terima vaksin lg ni.”

Rata-rata warganet menyifatkan watak Pak Nil sebagai profesor Klon dalam sebuah filem tersebut telah membawa kepada ‘realiti’ sebagai individu yang harus dipercayai dalam menerima suntikan vaksin Covid-19.

Walau bagaimanapun, Pak Nil datang menerima suntikan bukanlah membawa nama sebagai watak dalam lakonannya namun beliau jelas sedang menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat yang mahu mencapai Imuniti Kelompok.

Menerusi laman Instagram milik Pak Nil, beliau juga ada memuat naik gambarnya yang tular itu berserta kapsyen di Insta Story.

“Kalau profesor Klon wujud, mesti da lama jual vaksin Covid kat kita…😅😂”

Dalam mencapai misi kejayaan kita meraih pemulihan enokomi yang berkait rapat dengan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), orang ramai digalakkan untuk menyebarkan informasi berdasarkan sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai faedah pengambilan vaksin Covid-19 kepada umum.

Biarpun dimomokkan dengan pelbagai kisah mengenai apa yang did@kwa kes@n dan kebvrukan vaksin, orang ramai boleh menjadikan selebriti mahupun individu yang dipercayai menjadi contoh terbaik dalam keberanian mereka menjalankan tanggungjawab menerima pengambilan vaksin sebagai rakyat Malaysia.

Wah hebat! profesor Klon pun ambil vaksin tau, yang belum daftar tu jangan lupa daftarkan diri menerusi laman portal MySejahtera ya.

Sumber: Twitter & Instagram Datuk Aznil Nawawi

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*