“Sebenarnya Ayah Dah Nak Sihat…”- KKM Bawa Bapa Tasha Manshahar Kuarantin Di MAEPS

Penyanyi Tasha Manshahar memaklumkan bapanya yang menghidap virus Covid-19 sejak pertengahan bulan lalu telah dibawa ke pusat kuarantin MAEPS, Serdang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @tashamanshahar

Menurut Tasha, sebelum ini bapanya, Mohd. Manshahar hanya kuarant!n di rumah tetapi kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) prihatin terhadap golongan beris!ko maka dibawa segera ke sana.

“Ayah start simptom pada 10 Mei lalu. Kemudian pada 15 Mei buat test dah start kuarantin. Actually since 13 Mei lagi dah tak ke mana-mana. Home quarantine (dalam bilik).

“Sebenarnya sekarang ni Ayah dah hampir sihat dah. Deria bau dan rasa pun dah ada semula. Tapi sebab ayah warga emas, KKM concern jadi mereka ambil ayah untuk kuarantin dekat MAEPS.

“Bagus juga, ada orang monitor Ayah dekat sana. Insya-Allah in few days’ time, ayah will be home healthy. Nanti kita sekeluarga boleh reunite dengan mummy lagi aaamiiin,” katanya.

Tasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Tasha memuat naik video bapanya yang dibawa menaiki ambulans untuk ke pusat kuarantin.

Terdahulu, ibunya, Herina Wong yang juga menghidap virus Covid-19 dilap0rkan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang.

Difahamkan ibunya terpaksa ‘ditidurkan’ ekoran paras kandungan oksigen dalam badan tidak stabil.

KOMEN NETIZEN :

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*