“Bagus Mawar Tak Malu Belajar Mengaji” – Baru Belajar Iqra’, Sikap Rendah Diri Mawar Rashid Dipuji

Al-Quran adalah kitab suci bagi umat Islam. Sesiapa yang membacanya akan diberi ganjaran pahala yang begitu besar dan ia juga adalah sebuah kitab yang dipenuhi dengan panduan hidup buat umat manusia.

Oleh itu, tidak hairanlah jika umat Islam menjadikan Al-Quran sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Malah, ibu bapa dan para guru mendorong anak-anak muslim dari kecil lagi untuk belajar Al-Quran.

Oleh kerana itu, kebanyakkan masyarakat mempunyai tanggapan bahawa ianya memalukan jika mereka sudah dewasa namun masih tidak pandai membaca Al-Quran dan harus bermula dari bawah semula.

Hal ini, membuatkan mereka putus asa untuk mencuba kerana mungkin mengaggap ianya sudah terlewat.

Namun, seorang pelakon dan usahawan popular, Mawar Rashid, tidak merasa begitu. Semalam, buat pertama kalinya Mawar membuat live di Instagram untuk belajar mengaji.

Mawar sedikit pun tidak malu malah berbangga kerana kini dia sudah masuk Iqra’ 4. Kata Mawar dia begitu teruja dan bersemangat untuk terus belajar dan berharap agar rasa ini kekal.

Mawar turut memanjatkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk belajar dari bawah. “Tak apa belajar dari mula walaupun dah meningkat usia asalkan ada kesedaran dalam diri” itulah kata Mawar.

Dalam live Mawar semalam, dia mengaji sambil meminta tunjuk ajar daripada mereka yang menonton. Malah, seorang influencer, Nurin Afiqah turut ‘join live’ Mawar dan ikut bersama-sama mengaji.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)

Mawar turut meletakkan rakaman live tersebut di feed Instagram miliknya. Menerusi ruangan balas posting tersebut, rata-rata memuji sikap Mawar yang rendah diri dan jujur walaupun dia adalah seorang figura yang terkenal.

Mereka kagum dengan sikap positif Mawar dan terus memberikan sokongan buat Mawar untuk terus belajar mengaji Al-Quran sehingga lancar.

Nampak ceria dan bersemangat sangat Mawar dalam video live tersebut sehingga mereka yang menonton pun teruja nak mengaji bersama. Apa pun, kita doakan Mawar diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*