Rela Susah Senang Bersama Tak Berkira Beri Duit Raya RM500

Mencari kawan sejati ibarat mencari mutiara dalam jutaan butiran pasir di laut.

Ini kerana walaupun kita memiliki ramai kawan, belum tentu mereka memiliki kualiti sebagai seorang sahabat yang sanggup menghadapi susah senang bersama.

Kadangkala, hanya mempunyai seorang BFF sahaja sudah memadai untuk menemani perjalanan hidup kita.

Begitulah seperti kisah yang dua orang gadis ini yang juga merupakan sahabat sejati.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan gelagat dua orang gadis sewaktu berada di dalam kereta.

Menerusi video berkenaan kelihatan seorang gadis itu sedang leka bermain telefon namun dia terkejut sebaik sahaja menerima sekeping sampul raya daripada sahabatnya.

@nrulfrhanasusah nak dapat sahabat yg selalu ada time susah senang , if ada hargailah dia selagi dia bukan milik orang 🤧🥺 ##fyp ##fypシ ##foryoupage

♬ original sound – Nurul Farhana

Pada awalnya dia seakan tidak percaya tatkala menerima kejutan terbabit dan dilihat terpinga-pinga sambil bertanyakan kepastian dari sahabatnya itu berulang kali.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan dirinya lebih terkejut adalah sewaktu melihat isi sampul raya berkenaan.

Siapa sangka, rupa-rupanya sahabatnya itu memberi duit raya RM50 berkeping-keping berjumlah sebanyak RM500 kepadanya!

Menurut sahabatnya yang dikenali sebagai Farhana itu, pemberian tersebut adalah ikhlas dari sudut hatinya kerana dia sangat bersyukur memiliki rakan yang sanggup bersusah senang bersamanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat hubungan persahabatan kedua-dua gadis terbabit.

Selain itu, ramai juga berkongsi pengalaman mereka yang sering berjumpa dengan kawan bersifat talam 2 muka.

Sumber: TikTok Nurul Farhana

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh My Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*