Asyik Nama Neelofa Naik Isu Langgar SOP, Warganet Mahu Selebriti Lain Turut Dikenakan Tindakan

Semalam selebriti Neelofa, 32, mencetuskan k.ontroversi lagi apabila dia dan keluarga did.akwa mel.anggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri pada 13 Mei lalu.

Semenjak mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu, nama selebriti Noor Neelofa tidak pernah lekang di bibir selepas satu demi satu Standard Operation Prosedure (SOP) yang dilanggar olehnya dan keluarga.

Bermula dengan majlis pernikahan, berbulan madu ke Langkawi, membeli karpet di Nilai 3 dan baru-baru ini menyambut Aidilfitri bersama dengan ahli keluarganya yang lain.

Namun apa yang menjadi isu sekarang ini ialah warganet sudah semakin muak dengan nama Neelofa yang sering dikaitkan dengan pelanggaran SOP walaupun hakikatnya terdapat ramai lagi selebriti lain yang turut berbuat demikian.

KOMEN NETIZEN :

Oleh itu, ramai warganet mahukan keadilan dengan cara selebriti lain turut dikenakan tindakan seperti Neelofa dan keluarganya.

Seperti contoh, nama keluarga Abby Abadi bersama Norman Hakim dikaitkan dengan isu pelanggaran SOP kerana dilihat meraikan Aidilfitri bersama, Masya Masyitah pulang ke kampung halamannya di Kedah, Che Ta bergambar beramai-ramai bersama ahli keluarganya dan ramai lagi.

Masya dapat balik kampung jumpa ayah

Bagi mereka semua selebriti turut perlu dikenakan tindakan dan bukan hanya Neelofa sahaja yang menjadi highlight umum ketika ini.

Tetapi kalau ikutkan logik, tindakan akan dikenakan sekiranya terdapat laporan yang diterima oleh pihak polis, jadi kemungkinan besar pihak polis tidak menerima sebarang laporan lain mengenai pelanggaran SOP oleh selebriti lain.

Apa pun, sebagai selebriti yang sentiasa menjadi tumpuan umum semestinya mereka perlu menunjukkan contoh yang baik kepada peminat.

Kalau nak ikutkan isu pelanggaran SOP, bukan hanya selebriti tapi orang biasa pun tidak terlepas daripada melakukan perkara itu.

Semoga sesiapa sahaja yang bersalah akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber : Hotfm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*