Menteri Agama Turki Sampaikan Kutbah Raya Di Aya Sofia Sambil Pegang Pedang

Kehangatan lebaran masih lagi terasa walaupun sudah memasuki tiga Syawal. Pelbagai kisah menarik perhatian di seluruh dunia ketika meraikan hari raya yang dikongsikan oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Tanpa melupakan sedikit pun konflik yang membelenggu penduduk di Semenanjung Gaza, gambar Menteri Hal Ehwal Agama Turki, Dr Ali Arbash menyampaikan khutbah hari raya di Masjid Aya Sofia telah tular di media sosial.

Pertama kali khutbah dibaca selepas dibuka semula kepada masjid

Hal ini kerana khutbah hari raya berkenaan adalah kali pertama dilakukan setelah Aya Sofia kembali diisytiharkan sebagai masjid pada 10 Julai 2020.

Turut doakan masyarakat di Palestin

Dalam ciapan yang dibuat oleh akaun Twitter milik @fakhrifadzil, dia menulis bahawa Dr Ali Arbash lengkap berpakaian hitam dengan memegang sebilah pedang ketika  menyampaikan khutbah.

Beliau turut mendoakan saudara-saudara Islam di Palestin serta Masjidil Aqsa yang ketika ini sedang menerima serangan daripada pihak musuh.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen positif dengan melihat perkongsian tersebut.

Mereka juga sama-sama melaungkan takbir dan mendoakan agar jemaah di Masjidil Aqsa juga boleh menunaikan ibadah dengan tenang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Diari Maklumat

Sumber: FakhriFadzil

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*