Pendakwah bebas, Da’i Nik Farhan Nik Mohamad,31, dikhabarkan telah kembali bersatu dengan bekas isteri pertamanya iaitu Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 1 Syawal yang lalu.
Kasih telahpuun bertaut kembali, kedua-duanya dilaporkan telah bernikah semula apabila wanita itu dilihat memuat naik foto persandingannya bersama Farhan di laman Instagram.
Fatin menerusi kapsyen foto tersebut turut menzahirkan doa agar rumah tangga yang dibina kembali itu kekal terpelihara sehingga ke akhir hayat mereka.
“Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori lalu. Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat.” tulis Fatin.
Terdahulu, Da’i Farhan telah mencetuskan kontroversi berkaitan rumah tangganya apabila dia mendedahkan sudah bernikah dengan seorang wanita yang bergelar ibu tunggal iaitu dikenali sebagai Erin di Mekah.
Tindakan Farhan itu mengundang kecaman netizen apabila pernikahan itu terjadi di kala isteri pertamanya iaitu Fatin sedang sarat hamil anak kedua.
Pada 3 Disember 2019, Da’i Farhan telah menceraikan Fatin dengan talak satu. Namun selepas hampir lima bulan berkahwin dengan Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, mereka berdua berpisah gara-gara jodoh tidak berpanjangan.
Manakala hasil perkongsian hidup dengan isterinya kini, Farhan dan Fatin telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang sudahpun berusia tiga tahun dan setahun lebih.
Fatin dalam pada itu turut meluahkan rasa syukur apabila kedua anaknya dapat merayakan hari lebaran bersama bapa kandung setelah setahun terpisah.
“Tahun ini merasalah beraya di sini. Alhamdullilah syukur tahun ini Allah beri rezeki lain menyatukan hati dan keluarga kami. Walaupun PKP dapat juga anak-anak merasa hari raya bersama-sama sebagai keluarga besar.” ujar Fatin.
Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Diari Maklumat
Sumber : Beautiful Nara
Leave a Reply