‘Anak Dah Mula Tanya, Cari Arwh. Sy Akan Cakap Ayah Sudah Tiada, Ayh di Syurga’ – BaIu Abam Bocey

BaIu pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali berkongsi anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia dua tahun sudah mula bertanya dan mencari bapanya.

Menurut Siti Norhidayah atau Hidayah, dia mengambil pendekatan menjelaskan situasi sebenar supaya Hamzah lebih cepat faham.

” SeIama ini gambar arwh sentiasa ada bersamanya. Kebetulan ada peminat bagi dia bantal yang ada gambar arwh.

” Kalau ikut saya keluar dan balik rumah dia akan cari bantal itu dulu. Jadi, apabila semakin membesar dia sudah pandai bertanya mengenai arwh.

” Memang saya akan terangkan dan tunjuk gambar arwh. Saya akan cakap ayah sudah tiada, ayah di syurga. Dia faham cakap saya.

” Saya juga tunjukkan video persembahan arwh. Kalau kebetulan ada program arwh keluar di TV, saya akan tunjuk dan beritahu.

” Saya bawa dia ke depan TV. Jadi dia lebih kenal ayah dia,” katanya kepada HarianMetr0.

Hidayah yang ditemui Harian Metro bagi menjayakan program Buat Apa Tew? mengakui rasa rindu dan kasih terhadap arwh suami tidak pernah padam.

” Rasa rindu masih terasa walaupun tak selalu kemaskini di Instagram, tapi sentiasa ingat dia.

” Saya letak nama arwh Abam untuk perniagaan dijalankan pun sebab semua orang kenal dia dengan Abam. Sebab ada juga tak kenal.

” Jadi, apabila aktifkan akauan Instagram suami, tak salah untuk digunakan dan kembangkan perniagaan yang saya buat selama ini. Sekurang-kurangnya ada juga rezeki anak kami,” katanya.

Berkongsi mengenai kenangan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama arwh, Hidayah berkata dia sentiasa teringat ketika setiap kali membuat persiapan raya.

” Ini tahun kedua kami beraya tanpa arwh. Macam tahun lepas pun, saya lebihkan kepada persiapan Hamzah. Saya nak gembirakan dia.

” Kalau bercakap mengenai hari raya, saya akan teringat persiapan dibuat arwh. Kami bersama-sama pergi beli barangan dapur, beli baju raya dan buat lemang. Selepas arwh tiada, saya buat sendiri.

Rendang ayam dan daging kegemaran arwh Abam

” Kalau makanan kegemaran arwh pula, dia suka rendang ayam dan daging. Macam tahun lepas saya tetap buat untuk hidangan keluarga.

” Insya-Allah raya kali ini pun buat juga. Saya nak kenangan bersama arwh itu sentiasa ada,” katanya.

Sebelum ini Hidayah berkata jika arwh masih ada, Abam adalah orang paling teruja untuk membuat persiapan raya buat anak kesayangannya itu.

” Kenangan yang saya ingat mengenai arwh kalau masa raya adalah dia suka makan masakan saya terutama rendang, kuih dan biskut. Terlalu banyak kenangan yang tak dapat saya lupakan.

” Terasa Ivmpuh separuh badan bila sekelip mata dia tiada. Rasa hilang semangat tapi demi anak, saya bangkit dan kuatkan diri,” katanya.

Allahyrham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan men1nggI dnia pada 10 Februari 2020.

Pelbagai lagi perkongsian menarik daripada Hidayah dalam program Buat Apa Tew? yang ditayangkan di saluran YouTube dan Facebook Harian Metro, jam 4 petang ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Diari Maklumat

 

Sumber : https://www.asiakini.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*