“Tolong Jangan Telefon Saya!” – Sehun EXO Dedah Terima 100 Panggilan Peminat Fanatik Sehari

AHLI kumpulan EXO, Sehun membuat pendedahan dia menerima lebih daripada 100 panggilan telefon daripada peminat fanatik pada setiap hari.

Sehun, 27, berkongsikan tentang perkara itu ketika membuat siaran Instagram Live baru-baru ini.

“Tolong jangan telefon saya. Saya dapat lebih kurang 100 panggilan setiap hari… walaupun sering diganggu, saya tidak bercadang untuk tukar nombor lagi.

“Kalau saya tukar nombor, saya masih akan dapat lagi panggilan daripada peminat fanatik.

“Perkara itu akan lebih menyusahkan saya… sebab itu saya tidak mahu menukar nombor telefon,” katanya.

Peminat fanatik yang sering menganggu selebriti Korea Selatan bukanlah satu perkara baharu di sana, malah mereka turut mempunyai gelaran untuk golongan peminat sebegitu yang digelar sasaeng.

Selain Sehun, EXO turut dianggotai oleh Xiumin, Suho, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O, dan Kai.

EXO baru-baru ini mengumumkan mereka bakal tampil dengan album terbaharu berjudul Don’t Fight The Feeling. – Soompi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Diari Maklumat

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*